5 Tabiat Orang Berjaya Yang Boleh Kita Tiru Kalau Nak Berjaya Jugak (Part 2)

cara nak berjaya

5 Tabiat Orang Berjaya Yang Boleh Kita Tiru Kalau Nak Berjaya Jugak (Part 2)

Dalam dunia ni, kita perhatikan ada orang berjaya dan orang tak berjaya. Sebenarnya itu ialah pada pandangan kita. Setiap orang berjaya dengan cara yang tersendiri.

Kali ni, saya nak kongsi 5 tips untuk berjaya dalam bisnes. Sebenarnya ini adalah yang kedua. Anda boleh baca 5 yang pertama di sini.

5 Tabiat Orang Berjaya Yang Boleh Kita Tiru

cara nak berjaya

1. Mereka bina networking yang bagus.

Dalam bisnes, kita kena sentiasa cari orang baru dan sentiasa kembangkan network kita. Kena sentiasa cari kawan baru dan kekalkan ukhwah dengan sahabat-sahabat yang sedia ada.

Bila nestwork kita makin besar, peluang untuk pasarkan produk kita lagi luas lah.

2. Mereka konsisten dan tak mudah putus asa. 

Konsisten ialah buat komitmen kita atau apa yang perlu kita buat setiap hari tanpa sebarang alasan. Susah ke, senang ke tetap juga kita buat. 

Komitmen ni dia ialah macam kewajipan kita. Contohnya loan dengan bank. Setiap bulan, apa yang jadi pun kita akan bayar juga kan? Sebab itu ialah komitmen kita. 

Tak mudah putus asa. Lepas dah buat sungguh-sungguh, andainya tak dapat kita sedia untuk buat balik sampailah berjaya.

Tapi kita kena yakin yang hasil takkan mengkhianati usaha kita. 

nak mulakan bisnes

3. Mereka ini pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.

Anda pernah dengar rezeki tak salah alamat?

Anda rasa apa maksud dia? Adakah kita tunggu rezeki tu datang, sebab dia tak salah alamat. So, tunggu jelah rezeki tu sampai. 

Kalau nak rezeki sampai pada kita, kenalah bagi alamat yang betul. Antara alamat yang betul tu ialah buat keputusan dengan pantas dan ambil tindakan.

Buat plan, rancangkan macammana kita nak dapatkan sesuatu yang kita nak, then kita bertindaklah untuk buat apa yang kita dah plan tu.

4. Sentiasa bertawakal dan sabar setelah bersungguh-sungguh berusaha. 

Kalau kita faham erti rezeki semua datang dari Allah, tentu kita akan serahkan semuanya kepada Dia. Tapi kita kena ingat yang dalam dunia ni semua ada proses dia.

Even nak masak nasik yang kita rasa senang tu (sebab kita dah buat setiap hari), perlu ambik beras, masuk dalam periuk, cuci beras, guna periuk, tunggu sekejap sampai nasi masak. 

Macam tu juga proses kita untuk berjaya atau dapatkan rezeki. Ada proses dia. So, kerja kita ialah usaha dan hasilnya atau rezeki itu Allah yang akan tentukan.

5. Redha, tenang dan sentiasa berlapang dada dengan apa saja situasi dan kerenah orang disekeliling.

Kadang-kadang bila kita berusaha, dah buat yang betul dah ikut apa yang mentor cakap tapi tak dapat.

Dah tentu kita sedih. Dah tentu kita kecewa. Itu ialah ok, sebab kita manusia ni hidup dengan perasaan dan emosi dan sedih, kecewa ialah salah 1 emosi kita.

On top of that, kita kena sabar dengan apa yang berlaku. Mungkin dengan sabar itu lah Allah nak bagi pahala kepada kita.

Yang penting, jangan sesekali buruk sangka kepada Allah. Sebab Allah itu mengikut apa yang kita sangkakan

Potensi Untuk Berjaya Ada Pada Semua Orang

Sebenarnya ramai yang orang tak tahu, kejayaan ialah 1 habit. Ia perlu bermula dengan paksa diri untuk bertindak dan paksa diri untuk berdisiplin.

So, tetapkan matlamat anda dan fokus betul-betul hingga berjaya.

Sekiranya anda berminat untuk belajar buat bisnes dengan modal yang rendah dan berpatutan, boleh hubungi saya.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

tips bisnes shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.