5 Syarat Nak Dapatkan Untung Optimum Dalam Berbisnes

bisnes viral

5 Syarat Nak Dapatkan Untung Optimum Dalam Berbisnes

Masa mula-mula saya decide untuk buat bisnes walaupun masa tu masih bekerja sepenuh masa. Saya sebenarnya mula serius bisnes Shaklee semasa cuti nak bersalin. Sebab masa tu dah balik kampung dan tak buat apa-apa pun.

Masa tu ada terfikir la jugak, boleh ke buat bisnes dan ada kerja makan gaji? Boleh bahagi masa ke? Ada ke untung bila jual supplement ni?

Masa tu nak fikir untung pun macam tak confident je boleh untung sebab dah ramai orang buat bisnes ni.

Sebenarnya boleh sangat. Malah sekarang ni ramai student pun buat bisnes Shaklee

bisnes viral

Ada 5 tips yang saya nak kongsi bagaimana nak pastikan anda dapat keuntungan optimum dalam bisnes.

1. Tentukan dan pilih syarikat yang korang nak join. Fahamkan produk dan peluang bisnes yang ditawarkan.

Memang banyak yang tawarkan peluang bisnes. Tapi yang ramai yang suka pilih syarikat dan produk baru sebab kononnya takda persaingan, tapi ada benda yang kita perlu consider dalam pemilihan company.

Syarikat yang korang pilih mestilah syarikat yang dah kukuh sebab kita tahu syarikat ni susah nak goyah dan kemungkinan untuk lingkup tu rendah.

Dari segi produk pula, pilihlah produk terbaik yang founder dia sendiri pun guna. Jangan dia duk jual tapi dia pun tak berani nak guna sebab tahu produk dia tak selamat. Kalau boleh produk yang disokong oleh kajian klinikal dan diiktiraf oleh pihak ketiga.

2. Pemasaran

Pemasaran atau sharing ni ialah nadi kepada bisnes. Ada macam-macam teknik marketing. Tapi dalam kumpulan kami ada teknik yang sangat unik yang memang terbukti berkesan.

Ada orang kata, kita perlu ada keunikan atau lain daripada orang lain kalau nak cepat maju dalam bisnes, tapi keunikan yang sebenar ialah kita konsisten dan persisten dalam buat marketing.

3. Sentiasa upgrade ilmu

Ilmu ni memang kita boleh dapat dari mana-mana, tapi kita perlu dapatkan ilmu yang genuine daripada orang yang buat bisnes tu dan berjaya.

Alhamdulillah, dalam grup kami memang ramai sangat mentor yang nak bantu untuk berjaya. Malah salah saya ialah salah seorang barisan Squad Leader yang komited untuk membimbing ahli-ahli baru untuk bisnes.

wanita inspirasi

4. Jangan berhenti.

Bila kita dah mula bisnes, memang ada cabaran dia. Kadang-kadang boleh buat sampai kita down dan frust. Boleh ambil untuk layan down, tapi jangan lama-lama. Sebab sekali kita tekan butang stop atau pause, memang payah nak start semula.

Walaupun bila kita share tu takde orang response, bila kite propose orang takmau layan. Jangan sesekali putus asa. Teruskan aje usaha dan kerja kita. Serahkan urusan rezeki tu pada Allah

5. Doa, doa, doa

Dalam bisnes ni juga, saya belajar apa yang kita buat ialah kerana ilham daripada Allah, Allah sentiasa bersama kita dan kita buat kerana Allah. Sentiasa berdoa Allah hadirkan pada kita ahli team yang hebat dan menyokong 1 sama lain dan customer yang mudah nak close deal. Biasakan sentiasa minta dengan Allah.

Kemudian yakin, apa yang jadi pada kita adalah untuk jadikan siapa kita di masa depan. So, hadap jelah sampai kita berjaya.

Bagaimana Nak Mulakan Bisnes Shaklee?

Senang je, anda boleh hubungi saya sekarang untuk mulakan bisnes seawal hari pertama anda mendaftar.

Fyda – 012 621 1883, atau klik link wasap

Saya Nak Income Tambahan

 

bisnes shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.