5 Mitos Yang Menghalang Ibu Untuk Mulakan Bisnes Dari Rumah

bisnes untuk ibu

5 Mitos Yang Menghalang Ibu Untuk Mulakan Bisnes Dari Rumah

Saya baru terbaca perkongsian daripada Tuan Azizul Azli Ahmad, iaitu kisah benar yang banyak berlaku sebenarnya dalam dunia realiti – seorang ibu yang bekerja sebagai pensyarah. Selama ini hidup sempurna kerana bergantung kepada suami.

Namun, bila suami meninggal, keluarga suami menuntut harta suaminya dibahagi secara faraid tanpa tanya apa si isteri dan anak-anak akan makan selepas arwah suami dah tak ada.

Tapi memang betul pun, harta yang ditinggalkan tu perlu dibahagi ikut faraid, kecuali kalau pewarisnya redha untuk serahkan. Kalau tak, memang kena bahagi.

So, pilihan dia ialah pastikan suami buat hibah sekurang-kurangnya rumah tu dapat kat isteri dan anak-anak.

Atau pun pilihan lain si isteri, terutamanya kalau yang tak ada ada pendapatan sendiri boleh buat bisnes dari rumah.

bisnes untuk ibu

Bisnes Dari Rumah Pun Penuh Dengan Cabaran

Memang dah niat nak bisnes dari rumah, tapi ada pula mitos-mitos yang didengar pasal bisnes dari rumah ni.

So, saya nak share 5 mitos yang sering disalah-sangka oleh kaum ibu yang nak mulakan bisnes dari rumah. Memang sedar, perlu buat sesuatu untuk bantu kewangan suami mungkin atau untuk simpanan masa depan, tapi bila dengar mitos-mitos ni, terlangkah ke belakang sikit.

5 mitos ni saya petik daripada wall Facebook Lyna Noh, salah seorang usahawan dari rumah yang berjaya. Semoga boleh buka mata anda dan tak ragu-ragu lagi untuk mulakan bisnes.

Mitos 1 : Tunggu Anak Besar Dulu, Anak Kecil-Kecil Lagi Perlukan Perhatian

Kebenaran : Makin anak besar, lagilah mereka perlukan perhatian. Bukan perhatian sahaja, tapi wang. Untuk yuran belajar, untuk beli perkakas sekolah itu, ini. Anak-anak yang masa kecil, masa baby ni, mereka cuma perlu diberi makan, kasih sayang, main-main dan rehat yang cukup.

Dari segi sokongan emosi mereka tak seberat bila anak dah mumayiz, apa lagi dah masuk usia remaja. Bila anak dah remaja, lagi lah perlu lebih banyak masa berdamping dengan mereka.

Oleh itu mulakan sekarang, supaya bila anak dah besar, kita ada kebebasan dan masa untuk menyokong emosi mereka sebab masa tu bisnes sudah pun kukuh. Kita pun bukan lagi sibuk bina bisnes.

Mitos 2 : Mesti berhenti kerja dulu baru boleh fokus bisnes.

Kebenaran : Kalau part time pun tak boleh beri komitmen, jangan harap bila dah full time tiba-tiba pandai beri komitmen. Malah mungkin lebih terbeban bila dah berhenti kerja. Sebab tugas seorang suri rumah jauh lebih sibuk.

Sebaiknya walaupun masih bekerja, jika nak mulakan bisnes dari rumah cuba buat jadual kerja dan ikut betul-betul. Bila dah berhenti kerja nanti, anda dah stick kepada jadual yang produktif.

Mitos 3 : Ibu wajib menjalankan tanggungjawab di rumah seperti mengemas, menjaga anak, etc.

Kebenaran : Bila kita buat bisnes, ia adalah satu komitmen. Jangan rasa bersalah untuk outsource kerja-kerja rutin seperti mengemas rumah, menguruskan pakaian, malah menjaga anak. Bila dapat fokus dengan baik, hasilnya untuk keluarga dan anak-anak juga.

Mungkin ramai yang tak faham terutamanya suami bila anda nak mula bisnes, sama lah dengan anda bekerja di luar. Pada peringkat awal, mungkin sukar untuk buat dia faham, tapi in sya Allah bila dah ada hasilnya, dia akan mudah terima. Perlahan-perlahan lah ya bagi dia faham. Jangan sampai rumah tangga bergolak.

Mitos 4 : Bisnes dari rumah mudah dan sesuai untuk semua

Kebenaran : Hakikatnya anda menjalankan bisnes dan bisnes bukan benda untung satu malam. Of course bukan goyang kaki sambil-sambil mop lantai masuk duit. Ramai yang sangka bisnes dari rumah semudah itu, dan kecewa bila rupanya mesti bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh.

Mitos 5 : Bisnes dari rumah tak perlu keluar rumah.

Bisnes dari rumah tak mewajibkan untuk beroperasi dari rumah saja. Ada banyak hal yg mesti buat di luar rumah; contohnya networking, belajar, berjumpa klien dan sebagainya. Anda masih perlu keluar rumah, tapi mungkin bebas untuk bawa anak bersama walaupun mungkin anak tu bakal mengganggu kelancaran meeting anda.

Matlamat Yang Jelas, Hati Yang Cekal

Jika kita ada matlamat yang jelas dan keinginan untuk berjaya, in sya Allah semua cabaran pun kita sanggup hadapi.

Dan ditambah dengan bisnes bersistem dan mentor untuk membimbing, in sya Allah kejayaan milik anda.

Hubungi Fyda untuk menyertai bisnes dari rumah dengan kumpulan sokongan paling top di Malaysia – 012 621 1883

Atau direct wasap www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.