5 Asas Menguruskan Kewangan Supaya Kita Tak Susahkan Orang Lain

persediaan sebelum bersara

5 Asas Menguruskan Kewangan Supaya Kita Tak Susahkan Orang Lain

Walaupun macammana kita nak yakinkan duit tak boleh bawa mati, tapi kita harus terima hakikat selagi kita hidup kita perlukan duit.

Masa kita kecil atau masih bergantung kepada ibu bapa, kita tak rasa sangat. Tapi bila dah bekerja, barulah kita nampak hubungan kita kepada duit. Semakin kita dewasa, tugas dan komitmen kita semakin bertambah dan begitu juga dengan selera dan keperluan kita.

Tapi, adakah pengetahuan kita atau praktikal kepada pengurusan wang bertambah?

Secara ringkasnya, pengurusan dan pengetahuan wang terbahagi kepada 5 bahagian yang akan saya share dalam artikel ni.

1. Mulakan tabiat menyimpan walaupun pendapatan sedikit

Menurut Institut Penyelidikan Khazanah, hanya 11% sahaja rakyat Malaysia yang mempunyai simpanan cukup untuk menghadapi kegawatan ekonomi. Ini sangat mengejutkan sebab ada antara kita yang hidupnya dapat duit untuk dibelanjakan pada waktu itu sahaja.

Untuk memastikan kewangan stabil, kita perlu amalkan tabiat untuk menyimpan wang dengan amalkan 7 tabung. 7 tabung ini ialah cara kewangan yang paling mudah.

Kalau nak tau pasal 7 tabung boleh klik kat sini.

Kalau duit sikit pun kita tak dapat nak menyimpan, mungkin bila dapat duit banyak pun kita susah untuk menyimpan.

tips menabung

2. Tambahkan simpanan anda

Ramai orang yang suka menambah pendapatan secara pasif, iaitu dengan pelaburan. Mungkin cara ini lebih senang, iaitu duit simpanan kita di atas mungkin kita boleh simpan kat ASB ke kan. Tahun demi tahun, duit kita akan bertambah. Tapi, ada juga orang komplen kan sebab pulangan dia tak banyak. Dengan cara ni risiko kerugian tak tinggi lah, cuma dapat sikit atau banyak jelah.

Cara untuk tambah simpanan yang banyak ialah dengan bisnes. Dah tentu cara ni lebih tinggi risiko dia tapi pulangan dia dah tentu lebih banyak daripada pelaburan secara pasif.

Ini bisnes yang saya buat, mungkin anda juga berminat dengan bisnes yang modal rendah ini.

3. Maksimumkan pulangan cukai pendapatan

Pengecualian cukai pendapatan buat kita sangat happy. Sebab cukai pendapatan ni memang kita bayar setahun sekali, tapi sakitnya sedebuk nak kena bayar banyak kan?

Secara amnya pengecualian cukai diberi kepada mereka yang menanggung ibu bapa yang berumur dan anak-anak bersekolah. Namun, kita selalu terlepas pandang beberapa perkara yang boleh meraih faedah daripada pulangan cukai ini. Ada juga yang berkaitan denga. gaya hidup kita, termasuk keahlian gimnasium dan bil internet.

Selain daripada tu jugak, bayar zakat dan derma kepada pihak tertentu layak untuk dapat pengecualian cukai.

gaya hidup sihat

4. Kesihatan Mesti Diutamakan

Dalam kehidupan harian, dah tentu kita nak pastikan berada dalam keadan fizikal yang baik. Jadi, sebab itulah kita jaga makan, bersenam di gimnasium, berjoging atau mendaki bukit di hujung minggu dan juga nak jaga diri kita supaya tak stress.

Sebabnya sekarang ni, kos perubatan semakin meningkat.

Sekarang ni bukan sebab perubatan sahaja, tapi bila dah jatuh sakit tu banyaklah benda yang terjejas. Nak kerja mungkin tak dapat. Malah ada yang kena buang kerja sebab ada penyakit. So fikirkan baik-baik, sementara kita masih sihat ni jagalah kesihatan kita baik-baik.

5. Rancang Masa Depan Orang Tersayang

Pernah terfikir tak, kalau kita meninggal dunia apa yang kita tinggalkan kepada anak-anak kita?

Sebab dalam group kami hari ni, kami berkongsi cerita seseorang yang up di FB nya – mak ayah dia dah meninggal masa kecil dan dia tinggal dengan mak cik dia. Walaupun sekarang dah umur 30 tahun tapi dia masih ingat kata-kata mak cik nya,

“Mak ayah kau mati awal pun tak tinggal harta. Menyusahkan..”

Sedih kan? Tapi itulah realitinya.

Kita sering fikir adalah rezeki mereka tu nanti tanpa nak usaha untuk adakah rezeki tu. Rezeki tak datang bergolek, tapi perlu usaha.

Lagi 1, adakah kita ada perancangan lepas pencen nanti? Atau harapkan anak kita untuk jaga kita bila dah tua?

Walaupun anak sendiri, tapi yakinkah kita mereka nak jaga kita? Seorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu dapat jaga seorang emak.

persediaan sebelum bersara

Nak cuba bisnes yang modal rendah dan risiko rendah tapi pulangan sangat lumayan

Anda cuma perlu buat 1 tindakan yang mudah, iaitu hubungi saya sekarang dan saya akan bantu anda untuk buat keputusan sekarang.

Boleh hubungi Fyda di 012 621 1883
WhatsApp kami di 012 621 1883 (klik dari smartphone anda).

Follow FB Fyda Noh untuk chat secara langsung.

Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.