4 Langkah Atasi Serangan Jantung, Elakkan Mati Muda

4 Langkah Atasi Serangan Jantung, Elakkan Kematian Pramatang
Sangat terkejut pagi semalam. Awal-awal pagi sudah menerima berita sedih kematian seorang kawan sekolah rendah akibat penyakit jantung. Dan dia baru mencecah umur 30 tahun dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Lebih mengejutkan apabila dia meninggal dunia ketika sedang melakukan aktiviti fizikal, iaitu sedang bermain futsal.
Sebab kematian, dikatakan serangan penyakit jantung. Masalah jantung tidak dapat dikesan selain dengan melakukan pemeriksaan berkala. Masalah jantung mungkin boleh memberi amaran seperti selalu sesak nafas, bengkak kaki ataupun jantung berdebar-debar, namun dalam kebanyakan masa serangan jantung boleh menyerang dengan tiba-tiba dan mungkin boleh menjadi penyebab kita ‘ke sana’.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, kawan saya memang seorang perokok dan kerap juga makan di luar.
Bukan nak menuduh, tapi sebilangan kecil kedai makan mesti nak makanan mereka sedap dan menarik ramai pelanggan sehingga kadang-kadang aspek kesihatan tidak dipandang serius. Macam-macam perasa tambahan dimasukkan dalam masakannya.
Tapi, saya ada juga tengok iklan KKM mengenai makanan sihat. Harap-harap lebih ramai peniaga makanan yang menyediakan makanan sihat. Yang penting lebih murah daripada makanan segera sebab yang saya nampak sekarang orang lebih suka makanan segera kerana lebih murah dan cepat.
Boleh klik sini untuk tonton iklan makanan sihat.
Namun, jika makan di luar adalah amalan kita, potensi untuk terkena serangan jantung pramatang (dalam usia yang muda) adalah sangat tinggi. Apatah lagi kalau kita gemar memilih makanan yang bergoreng dan bergula tinggi.
Yang lebih menyedihkan, kawan saya tadi meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil. Mungkin isterinya juga tak tahu masalah kesihatan suaminya. Bila jadi macam ni, barulah terdedah semuanya.
Mengikut pengalaman saya, memang ramai yang menghadapi masalah ini. Mungkin kerana berlaku kepada kawan sendiri, jadi perasaannya lain sikit. Namun, Allah telah memilih dia dan bukan kita. Semoga Allah lindungi kita daripada penyakit-penyakit ini.
Ujian tahap kesihatan jantung.
Untuk menguji kesihatan jantung, ada satu ujian yang dipanggil ‘stress test’. Stress test dibuat untuk mengetahui kadar stress yang mampu ditanggung oleh jantung sebelum rentaknya menjadi tidak normal ataupun kekurangan bekalan darah ke otot jantung.
Orang yang menjalani ujian ini akan dipasangkan ke mesin ECG dan perlu berlari di atas threadmill selama 10 minit dengan kelajuan berbeza. Mesin ECG akan merekod keadaan jantung semasa tekanan diberikan.
Untuk yang tidak boleh berlari, adenosine atau dobutamin akan diberikan kerana kedua-dua bahan ini memberi kesan yang sama seperti bersenam.
Mungkin terdapat klinik atau hospital swasta yang menyediakan khidmat ini kepada sesiapa sahaja. Untuk hospital kerajaan pula, setahu saya seseorang akan dirujuk untuk melakukan ujian ini sekiranya disyaki mempunyai masalah jantung.
Manusia hanya ada 1 jantung
Selepas anda membaca hingga ke sini, sekarang apa perasaan anda kepada jantung sendiri? Ya, kita sendiri yang perlu sayangi jantung dan jaga kesihatannya.
Kita pun tentu tak mahu kan, ucapkan selamat tinggal dunia dalam keadaan tak bersedia? Cukuplah kita mendapat teguran dengan pemergiaan orang sekeliling kita kerana penyakit ini.
Sebelum kita disahkan penghidap penyakit jantung, jangan kita benarkan dia mendekati kita. Tak sanggup nak hadapi penyakit jantung. Walaupun teknologi semakin berkembang dan ada alatan canggih untuk menyelamatkan jantung yang telah rosak, namun sudah tentu tidak sama dengan yang asli.
Langkah pencegahan untuk elakkan penyakit jantung
Ada beberapa langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan penyakit jantung. Langkah ini sepatutnya mudah saja, namun dalam keadaan kita sekarang saya kurang pasti kalau kita ada kekuatan dan boleh komited.
1. Berhenti merokok dan jauhi rokok bagi yang belum mencuba.
Sekali hisapan rokok boleh memusnahkan 1 kumpulan alveoli. Bayangkan kalau dah merokok lama, dan bayangkan juga ahli keluarga kita atau orang sekeliling yang tidak merokok tapi terpaksa terima padah kerana asap rokok kita, malahan kesan kepada mereka adalah lebih buruk.
Perokok-perokok ini kebanyakannya lelakilah, walaupun wanita tak terkecuali. Kadang-kadang nak menitik air mata bila makan di kedai dan ada orang merokok tanpa pedulikan kanak-kanak disekeliling, malah boleh pula merokok depan anak-anak dia.
Tak ada hati perut ke? Cukuplah awak sorang dapat kesan buruknya. Jangan libatkan orang lain.
Saya tahu ramai isteri yang tak setuju dan balik-balik menegur suami. Mungkin dah fed-up, maka isteri diam diri sahaja. Jangan risau isteri kerana ada cara yang mudah untuk ‘paksa’ suami berhenti merokok. Memang terpaksa berhenti.
2. Jaga pemakanan
Amalkan makan pelbagai jenis makanan, namun lebihkan yang berserat dan banyakkan minum air masak. Makanan berkolesterol dan berlemak tu tolak jauh-jauh.
Namun, agak sukar juga kan? Sebab kita sekarang sibuk, tiada masa sediakan makanan. Paling senang, makanan segera. Murah pun murah, cepat pun cepat.
Ataupun, kita makan di kedai makan biasa, tapi biasanya tukang masak akan campur perasa tambahan untuk menambahkan selera atau masakan disediakan terlebih lemak. Tak dapat juga jaga kesihatan.
3. Bersenam secukupnya
Pakar mencadangkan untuk mengekalkan kesihatan, seseorang memerlukan senaman ringan dalam 20-30minit 3 kali seminggu. Namun mungkin susah juga kalau sibuk bekerja kan? Jadi apa kata, parking lebih jauh daripada tempat kerja lepas tu berjalan lah.
Tapi, saya percaya memang agak susahkan? Sebab saya sendiri pun, kalau boleh nak park kereta betul-betul depan pintu ofis. Namun, demi kesihatan kita, harapnya dapat buat sesuatu.
4. Rehat secukupnya.
Rehat yang cukup sebenarnya sangat subjektif. Ia bergantung kepada diri seseorang individu. Namun rata-rata memerlukan 6-8jam tidur untuk mendapatkan rehat secukupnya.
Namun, dalam keadaan dunia sekarang dengan masalah ekonomi, mungkin ramai yang terpaksa bekerja siang malam untuk mencukupkan perbelanjaan keluarga. Hakikatnya, tanpa tidur yang cukup jantung terpaksa melakukan kerja dengan lebih kuat.
Cukuplah 4 langkah yang saya bagi, tapi kita tetap mempunyai banyak alasan untuk tidak melakukannya.
Jadi, apa yang terbaik untuk jantung?
Jika anda rasa susahnya nak melakukan 4 langkah diatas, izinkan saya mencadangkan suplemen terbaik untuk jantung, iaitu
Vivix