3 Tips Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Cepat Untuk Pesakit Kencing Manis

turunkan paras gula

3 Tips Turunkan Paras Gula Dalam Darah Dengan Cepat Untuk Pesakit Kencing Manis

Orang yang menghidap kencing manis, tentu faham ada keadaan sangat susah untuk mengawal paras gula. Kadang-kadang naik tinggi sangat, kadang-kadang terlalu rendah.

Nak kawal makan susah. Maklumlah, kat Malaysia ni banyak sangat makanan sedap-sedap kan? Kadang-kadang terbabas juga hingga kan paras gula naik dengan sangat tinggi.

Selalunya pesakit kencing manis dinasihatkan untuk memeriksa gula pada waktu pagi. Sekurang-kurangnya gula waktu pagi mestilah terkawal dengan baik supaya kita lebih segar dan selesa untuk buat aktiviti sepanjang hari.

turunkan paras gula

Namun, jika anda cek gula dan dapati gula terlalu tinggi, apa nak buat?

Paling baik, jika anda dapat ke klinik atau berhubung dengan doktor anda terus untuk tindakan lanjut. Namun, saya nak cadangkan beberapa tips yang boleh anda buat untuk turunkan paras gula dengan segera.

Sebelum tu, anda perlu kenal dulu tanda-tanda paras gula anda mungkin tinggi.

1. Rasa terlalu dahaga

2. Rasa lemah atau lembap

3. Mata kabur

4. Rasa nak muntah, pening-pening

5. Rasa nak demam

Jika anda belum makan ubat, segeralah makan ubat. Jika anda menggunakan insulin, mungkin anda boleh adjust ubat tu ikut paras gula. Tapi sebelum tu, kena dapatkan maklumat dan saranan daripada doktor dulu. Atau paling tak pun, cucuk je dos biasa. Sebab insulin ialah benda yang boleh turunkan paras gula dengan cepat.

Tapi saya nak share 3 tips untuk bantu turunkan paras gula dengan cepat. Semoga dalam perjalanan ke klinik, paras gula anda terkawal dan tak makin naik.

Tips Turunkan Paras Gula Segera Untuk Pesakit Kencing Manis

1. Kekalkan hidrasi

Minum air kira-kira 2-3 gelas sekali minum. Minum air yang banyak ni boleh flush gula dalam darah. Dan pesakit kencing manis memang perlukan banyak air kerana cenderung untuk mengalami dehidrasi sebab gula yang tinggi akan keluarkan banyak air melalui air kencing. Sebab tu salah 1 tanya kencing manis ialah kencing yang banyak.

2. Bersenam

Bersenam ialah salah 1 cara untuk kurangkan gula. Bila bersenam, jantung akan pam darah dan menggunakan gula. Selain itu bersenam juga boleh boleh membebaskan hormon endorfin yang boleh buat anda rasa lebih baik.

Namun, jika gula terlalu tinggi dan anda rasa terlalu dahaga, dinasihatkan tidak bersenam kerana anda mungkin boleh kena diabetik ketoacidosis.

3. Makan snek berprotein tinggi.

Makanan protein tinggi boleh membantu mengawal paras gula dalam darah dan membebaskan gula secara sikit demi sedikit. Mungkin orang yang paras gulanya terlalu tinggi, dia akan rasa cravings, nak makan benda-benda yang manis. Jadi, pada ketika ni, lebih baik ambik makanan berprotein tinggi, tapi jangan berlebihan.

Apa Nak Buat Lepas Gula Dan Turun?

Walaupun paras gula dah turun, saya cadangkan anda berjumpa doktor juga untuk pemeriksaan lanjut kerana paras gula yang tinggi boleh menyebabkan kekurangan air yang teruk dalam badan dan menyebabkan komplikasi lain.

Jika anda nak tau pemakanan nutrisi yang baik untuk mengawal paras gula anda, boleh teruskan bacaan di sini.

Nutrisi Yang Baik Untuk Kawal Penyakit Kencing Manis, Kurangkan Risiko Komplikasi.

Sebarang soalan, bolehlah berhubung dengan saya,

Fyda Noh – 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *