3 Tips Mudah Nak Buat Orang Percaya Bila Nak Jual Produk

tips jual produk

3 Tips Mudah Nak Buat Orang Percaya Bila Nak Jual Produk

When you serve humanity, the money will come.

Untuk orang yang buat bisnes, tentulah kita nak dapat untung kan? Nak orang beli dengan kita. Tapi kenapa susah sangat orang nak membeli dengan kita. Orang akan beli dengan kita bila orang percaya pada kita, tapi macammana nak buat orang percaya kat kita?

Saya nak kongsi 3 cara untuk buat orang percaya pagi kita.

tips jual produk

3 Tips Mudah Nak Buat Orang Percaya Pada Kita

Yang pertama ialah kita kena percaya pada orang tu dulu. Sebab selalunya kita ni ada sangkaan-sangkaan buruk bila nak offer produk kat orang.

“Ala, orang ni macam taknak beli je..”

“Orang ni macam susah je..”

Tolak fikiran-fikiran macam tu. Jangn bersangka buruk. Fikir yang positif. Bila kita fikir positif, cara kita offer kat dia tu pun lain. Kita tentu lebih excited, dia pun tentu teruja nak tau.

Yang kedua, beri impak positif kepada prospek kita tu. Maksudnya kalau kita jumpa dia depan-depan, tampilkan penampilan yang baik. Berpakaian yang sopan, kemas. Barulah orang nampak kita rasa selesa.

Kalau kita hubungi melalui call atau melalui mesej, tunjukkan gambar yang cantik dan emoji-emoji yang ceria.

Yang terakhir ialah sabar dan konsisten. Walaupun mula-mula mungkin kita tak selesa sebab kita tak biasakan tapi teruskan je buat. Walaupun orang rejek kita, orang tolak kita tapi in sha Allah makin ramai orang kita jumpa, kita boleh mantapkan skill kita.

Penolakan atau rejection ialah benda biasa dalam bisnes. Bukan bermaksud kita tak bagus atau kita gagal.

Teruskan usaha, in sha Allah satu hari nanti pasti kiita berjaya.

 

tips kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.