2 Sebab Ibu Tak Boleh Biarkan Baby Merengek. Ibu Wajib Baca

Sumber gambar : USMag

2 Sebab Ibu Tak Boleh Biarkan Baby Merengek. Ibu Wajib Baca

Alhamdulillah, saya baru balik dari travel UK dan Eropah. In sha Allah saya akan berkongsi pengalaman yang tak dapat dilupakan ini dalam blog saya. Kalau anda minat nak baca, doakan lah tak ada aral melintang. Kami baru sampai di Kota Kinabalu pada jam 9 malam. Tapi, tak mengantuk pula mata ni, walaupun hakikatnya badan sangat penat. Mana tak penat, 2 minggu berjalan tak berhenti.

Sementara tidurkan anak, saya menonton movie tajuknya ‘Uptown Girls’. Mula-mula ingatkan cerita pasal gadis bandar yang berhuha-huha sana sini, rupanya bukan. Tapi pasal budak yang kekurangan kasih sayang ibu bapa. Sebenarnya ada banyak respon anak-anak bila inginkan kasih sayang. Tapi untuk budak perempuan yang bernama Ray, dia membesar sebagai seorang yang tak pandai menyayangi orang lain dan lebih suka buat orang marah dan suka marah orang. Katanya kalau kita marah, tak ada kasih sayang dalam hati. Bila berpisah, dah tentu tak rasa sedih sebab kita memang bencikan orang tu.

Oh.. kesian dan sangat tak boleh diterima.

Tapi, itu dalam filem. Dalam kehidupan seharian, perasan tak? Kita sebagai ibu bapa, terutamanya ibu sering menolak anak-anak kita. Antara situasi yang saya selalu berdepan ialah ibu yang terlalu awal mulakan susu formula kepada bayi, terutamanya ibu yang bekerja. Sebab ada kepercayaan –

1. Tak boleh bagi susu badan lama-lama, nanti susah nak hantar pengasuh, baby tak mau hisap susu botol.

2. Kalau baby merengek, jangan angkat dulu. Nanti baby jadi manja dengan ibu dan tak mau dengan pengasuh.

Sumber gambar : USMag

Sumber gambar : USMag

 

Adakah baby begitu menyusahkan?

Sedih pula kan? Hanya sebab ibu bekerja, keinginan bayi terpaksa dikorbankan. Tapi nak mudahkan kerja pengasuh. Bagaimana dengan hak bayi untuk dapatkan makanan terbaik dan kasih sayang ibunya?

Anak siapa baby tu? Sanggup ibu lebihkan pengasuh berbanding anak sendiri…?

Ok, point nombor 1 mudah saja. Jadi, ibu kena belajar dan kena tahu cara perah dan simpan susu badan untuk dihantar pada pengasuh. Lebih mudah kot kepada pengasuh sebab tak perlu nak bancuh-bancuh. Kalau ibu bekukan susu, malam sebelum hantar rumah pengasuh, simpan di frigde bahagian bawah. Besoknya masukkan dalam botol. Jika anak ok, tak perlu panaskan (suamkan) susu itu sebab mungkin ada zat yang boleh rosak. Cuma ada setengah bayi yang memilih susu yang lebih panas. Tapi, kena pastikan stok susu mencukupi.

Untuk point kedua pula, saya lebih galakkan ibu angkat baby jika dia merengek. Baby tu dah 9 bulan dalam perut ibunya. 9 bulan berkepit saja setiap masa tapi bila dah lahir, belum pun umur baby sebulan, ibu nak baby biasa tanpa ibu di sisi. Sebab itulah kot, ramai baby yang tak nak keluar walau dah lebih hari. Takut kena tinggal dengan ibunya. Percayalah, kalau ibu tak layan baby, orang lain tak akan peduli.

Pengalaman Saya Mula Bekerja Lepas Habis Pantang

Tapi, saya pun tak tahu macammana keadaan ibu, kehidupan ibu-ibu macammana, jadi saya bukan nak menghukum sapa-sapa. Tapi nak berkongsi pengalaman sendiri. Alhamdulillah, anak-anak saya memang 3 bulan masa berpantang direct menyusu badan saja. Saya pun tak rajin nak pam susu dan simpan stok awal-awal. Pada mulanya memang masalah juga nak tinggal dengan pengasuh sebab dia tak biasa susu botol. Saya ingat lagi masa hari pertama saya mula kerja. Risau sangat kat tempat kerja tu. Duk doa moga Allah murahkan rezeki anak saya dengan susu ibu. Alhamdulillah balik kerja petang, pengasuh cakap dia ok. Minum je susu botol.

Dan anak-anak saya, pantang merengek, memang terus kena angkat. Satunya, suami tak suka baby merengek. Dan kalau bukan saya sendiri, mesti ada orang tolong angkat dan bagi baby pada saya.

Bila hantar rumah pengasuh so far takde masalah. Awal2 nak tinggal tu memang la dorang menangis. Itu kan reaksi biasa mana-mana budak pun. Tapi pengasuh takde pula pernah komplen pasal anak.

Alhamdulillah.

Benarkah Bayi Manja Kerana Sering Dikendong?

Cuma, ada 2 perkara yang saya pernah belajar la pasal tak nak anak manja sangat ni. Baby kan pandai menangis saja. jadi kalau nak apa-apa, memang akan menangis. Ramai ibu yang salah sangka. Asal baby menangis je mesti ingat baby lapar. Sebab itulah awal-awal dah bagi susu formula sebab rasa susunya tak cukup. Sebenarnya baby ni dia nak mengempeng je dengan mak dia. Kan dah 9 bulan dia duduk tempat paling dekat dengan ibunya. Lepas lahir takkan terus nak berpisah.

Bila kita nak tunggu baby menangis baru nak angkat, dia akan fikir bila dia menangis kuat, baru akan dilayan. Bila dia meraung, barulah akan diberi perhatian.

Jadi, bila besar, setiap kali nak perhatian ibu bapa, dia akan buat sesuatu yang aggresif.

Tak mustahil, apa yang berlaku kepada remaja kita sekarang, contohnya pelbagai masalah sosial adalah sebab mereka inginkan perhatian. Mereka nak ibu bapa pedulikan mereka. Tapi, ramai ibu bapa yang tak faham, dan keadaan terus jadi begitu dan semakin buruk.

Sumber gambar :  perent24

Sumber gambar : parent24

Kedua, bila baby tak dipedulikan, dia akan hilang rasa percaya pada ibu bapa atau orang dewasa.

Lama-kelamaan, dorang takkan menangis lagi dan takkan mengadu masalah dorang kepada ibu bapa. Dorang lebih selesa mengadu sesama rakan sebaya. Ibu bapa mungkin anggap anak-anak ok sahaja kerana tak pernah mengadu apa-apa tapi sebenarnya dia sudah hilang percaya dan mungkin makin jauh dan makin jauh hatinya walaupun berada depan mata.

Pernah saya terbaca keadaan di sebuah rumah bayi-bayi yang ditinggalkan. Menurut penulis tu, dia hairan kenapa bayi-bayi diam saja, tak pandai menangis. Rupanya mereka pernah menangis dulu-dulu, tapi tak dipedulikan. Akhirnya mereka terpaksa terima hakikat tiada siapa akan pedulikan mereka.

Kena sentiasa ingat. Anak kita akan membesar dan menjadi dewasa melalui didikan yang mereka terima sejak kecil. Didikan itulah yang akan membentuk mereka menjadi orang yang bagaimana.

Betul, kita nak anak yang tak manja dan berdikari tapi tengok juga waktu yang sesuai untuk bentuk jatidiri anak. Takkan umur sebulan dah nak jadi cam Superman. Pendapat sayalah, masa berpantang gunakan sepenuhnya untuk kenali baby. Tak lama, 3 bulan saja. Lepas tu boleh lah didik cara yang kita mau.

Tak kira bagaimana cara didikan ibu, mungkin itu yang terbaik untuk keluarga. Tapi, jangan pernah sekali tertinggal doa untuk anak. Semoga Allah pelihara dorang dan jadikan mereka anak yang soleh untuk bantu kita di akhirat kelak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *