2 Perkara Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Jika Ingin Berjaya

sebelum memulakan bisnes

2 Perkara Penting Sebelum Memulakan Perniagaan Jika Ingin Berjaya

Sebagai seorang yang bekerja dan buat bisnes secara part-time, saya sering juga jadi perhatian orang sekeliling. Orang selalu tertanya-tanya rahsia saya uruskan kerja, bisnes dan keluarga. Memandangkan ramai yang tanya apakah rahsia perniagaan saya, dalam entry ni ni saya nak berkongsi rahsia  bagaimana saya yang masih bekerja waktu pejabat tapi masih berjaya buat sales yang lumayan dan alhamdulillah setakat ni saya dah bawa family ke Osaka, Tokyo dan jalan-jalan di Eropah.

Yang orang selalu tanya, “Bagus ek bisnes U?”

“Macam mana korang buat sale banyak macam tu ek?”

“Boleh jalan ek bisnes ni?”.

 

Adakah Nak Buat Bisnes Tu Sangat Susah?

Saya tak juga nak cakap buat bisnes ni senang. Memang ada cabaran dia. Tapi, saya tak sangka boleh buat bisnes Shaklee dengan semudah ini. Dulu macam-macam saya fikir kalau nak buat bisnes. Maklumlah, kita ni bukan otak bisnes. Lagi-lagi kalau jenis bisnes MLM ni.

Dah berapa kali dah buat bisnes MLM sebenarnya. Tapi ada something yang saya tak dapat, macam saya dapat bila buat Shaklee.

 

Sebab kita duk ingatkan nak buat MLM kena yang mulut bising, asyik kepoh sana sini. Asal jumpa orang nak cerita pasal produk je. Asal jumpa orang kena cerita pasal bisnes je. Kita ni pulak jenis pemalu, nak mula cakap ngan orang pun macam ada emas dalam mulut. Apa lagi nak cerita pasal bisnes.

Memang tak mampu la nak berbisnes ni.

Bukan kah begitu?

sebelum memulakan bisnes

Bisnes Ialah Kemahiran Yang Perlu Dipelajari  

Bukan saya nak kata buat bisnes tu senang. Memang ada cabarannya. Sebab tu kena belajar dan kena tahu caranya. Dan bisnes akan jadi lebih mudah.

Saya nak berkongsi 2 tips paling penting untuk berjaya dalam bisnes online.

1. Kena ada Mentor

Mentor ni orang yang akan bimbing kita untuk buat bisnes ni. Tapi, sebenarnya semua bermula dengan diri kita. Kita yang perlu buat dulu. Bukan harap kat mentor saja. Kalau ada mentor bagus pun, kalau kita sendiri tak nak bergerak, bisnes tu takkan jadi. Mentor ni cuma tunjukkan jalan dan kita perlu lalui sendiri.

Susah ke, berat ke, jatuh ke, luka, sedih, kecewa, semua tu kita kena lalui sendiri. Jangan ingat ada mentor yang bagus ialah shortcut untuk berjaya.

Ia akan jadi shortcut kalau anda buat apa yang mentor buat, ikut apa yang mentor suruh. Kalau diri sendiri tak nak bergerak, tak guna ada mentor paling bagus di dunia pun.

Dalam grup saya, mentor saya memang the best Shaklee leader di Malaysia. Dia lead grup yang paling tip top, iaitu grup iReach. Master Lyna pernah bolot semua anugerah yang ditawarkan oleh Shaklee.

Banyak teknik-teknik yang diajar untuk mudahkan kita berbisnes. Antara yang paling best ialah teknik “Saya Tak Nak Jual, Tapi Nak Awak Beli”.

Pelikkan bunyi dia? Macam mana tu tanak menjual, tapi nak orang beli.

Teknik ini adalah Teknik Rahsia Group kami. Saya suka sangat teknik ini sebab saya tak perlu cari customer, tapi customer yang cari saya. Amacam? Best tak?

So, sesuai lah untuk orang pemalu nak pergi tegur orang. Sebab customer yang akan cari kita.

Tapi saya tak boleh nak cerita lebih-lebih bab ni, sebab ia adalah rahsia group kami dan saya kena jaga amanah. Kalau nak tahu, kenalah join grup kami.

Point yang kedua ialah,

2. Ilmu

Sebelum nak buat sesuatu, mestilah kena tahu juga pasal benda tu. Lagi-lagi kalau kita memang tak biasa dengan bisnes. Walaupun kita ada modal yang banyak tapi kalau tanpa ilmu, kita akan mudah terkandas di tengah jalan.

Bila nak bisnes ni, bukan kata nak kena pandai semua selok-belok bisnes, kena belajar sampai dapat ijazah ke, tak…

Just mulakan dengan apa yang ada.

Sebab tu saya cakap pentingnya ada mentor. Sebab dia akan tunjukkan macammana nak mula dulu. Apa basic yang kita perlu tahu.

Bila basic kita dah kukuh, base dah kukuh so kita akan lebih selesa berniaga ikut rentak kita. Ikut stail kita sendiri, tak perlu nak terikat dengan cara mentor. Cuma kita bawa konsep dia, kita bawa asas dia.

 

 

Okay.. Itulah 2 rahsia yang saya nak kongsikan hari ini. Tak kira apa bisnes pun yang kita nak buat, kalau kita nak berjaya dengan mudah carila mentor. Tapi, bila dah ada mentor tu, kena ikutlah apa mentor cakap. Kena buatlah apa yang dia suruh buat.

Tak guna ada mentor yang dah produce sejuta jutawan kalau apa yang dia cakap awak tak nak ikut.

 

Jom Jadi Bisnes Partner Shaklee Dengan Saya

Jika anda berminat nak buat bisnes Shaklee, anda perlu tahu mentor macammana yang anda kena cari. Disebabkan Shaklee ialah bisnes kesihatan, so memang ramai orang yang perlukan suplemen untuk kesihatan yang lebih baik dan meningkatkan kualiti hidup.

Dah tentu anda perlu bagi nasihat tentang kesihatan. Saya ialah orang yang bekerja dalam bidang kesihatan, dah tentu adalah mentor terbaik untuk bagi nasihat mengenai kesihatan.

belajar memulakan perniagaan

So, jangan salah pilih mentor ya.. Sebab ada orang yang nak keuntungan semata-mata dan bukan nak tolong orang untuk jadi lebih sihat.

Hubungi Fyda untuk daftar ahli Shaklee sekarang,

012 621 1883 (www.wasap.my/60126212883)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *