16 Manfaat Omega-3 Untuk Mengawal Simptom PCOS Bantu Wanita Tingkatkan Kualiti Hidup

omega 3 untuk pcos

16 Manfaat Omega-3 Untuk Mengawal Simptom PCOS Bantu Wanita Tingkatkan Kualiti Hidup

PCOS ataupun polycystic ovarian sindrom adalah 1 kumpulan simptom yang hanya terjadi kepada wanita. Sebab wanita ada ovari. Sebab tu mungkin boleh ada cyst dalam ovari. Ramai orang ingat PCOS ni sangat simple, iaitu ada cyst di ovari je. So what? Sebenarnya masalah sebenar dalam PCOS ialah hormon yang tak stable. Masalahnya bukan hormon berkaitan kitaran haid wanita je, tapi hormon yang kawal gula pun. Keadaannya sama dengan orang menghidap kencing manis. Memang kajian juga menunjukkan wanita ini berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi seperti pesakit kencing manis.

Scary kan?

PCOS dikatakan tak boleh sembuh tapi boleh dikawal. Antara yang paling penting untuk mengawal PCOS ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan menurunkan berat badan. Gaya hidup sihat termasuklah mengamalkan pemakanan sihat.

Pemakanan sihat tu ialah makanan yang lengkap dengan semua kelas makanan ikut piramid makanan. Yang lengkap dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan.

Cuba tenung pinggan nasik awak, atau tengok apa yang awak dah makan,

  1. Cukup tak semua kumpulan dalam piramid makanan?
  2. Minum air cukup tak?
  3. Makanan tinggi gula? Tinggi garam?
  4. Tinggi kolesterol?
  5. Makanan proses? Makanan segera?

Kalau saya, memang pasti most of makanan saya memang tak seimbang. Cuba sedaya upaya cukupkan. Tapi yang selalu fail bab sayurlah. Sepatutnya separuh pinggan ialah sayur ya. Jangan nak diskaun.

Ok, sebenarnya saya nak share antara nutrisi yang penting kepada penghidap PCOS ialah minyak ikan. Dah banyak kajian yang dijalankan dan membuktikan minyak ikan ada banyak manfaat kepada kesihatan, terutama untuk penyakit seperti penyakit jantung dan saluran darah, lemak dan kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, kencing manis dan obesiti.

Minyak ikan mengandungi asid lemak baik yang tak dihasilkan oleh badan, iaitu omega-3. Asid lemak ini adalah komponen penting kepada membran sel dan hormon. Kekurangan asid lemak ni boleh mengganggu fungsi jantung, saraf dan sistem imun.

omega 3 untuk pcos

Wanita yang menghidap PCOS mungkin bermanfaat daripada asid lemak ini melalui 16 cara.

1.Kecutkan sel lemak

Kalau nak tahu sel lemak dia tak terus hilang macam tu je, tp dia akan mengecut dulu. Sampai lah lebih kurang 6 bulan dia mengecut, barulah dia akan hilang.

Omega-3 juga sangat bagus untuk orang yang ada masalah metabolisma lemak.

2.Kurangkan kerintangan insulin

Kerintangan insulin adalah masalah yang paling utama dalam PCOS dan menjadi punca hormon celaru dalam badan pesakit PCOS.

3.Kurangkan kerintangan leptin

Leptin ialah hormon yang memberi isyarat kepada otak bahawa kita kenyang. Kalau ada kerintangan, otak tak boleh hantar signal yang kita dah kenyang. Jadi, kita akan terus makan, makan, makan sampai lah badan jadi obes.

4.Bantu kawal mood & kurangkan tekanan perasaan atau kemurungan.

Dalam minyak ikan terkandung EPA dan DHA yang sangat penting untuk fungsi otak. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa EPA dan DHA sangat diperlukan untuk fungsi otak yang optimum dan mungkin boleh mengurangkan tekanan dan masalah psikologi yang lain.

5.Kurangkan risiko sakit jantung

Untuk wanita, terutamanya selepas menopaus, risiko penyakit jantung meningkat sama ada ada PCOS atau tidak. Tapi, bila menghidap PCOS, lagilah tinggi. Omega-3 berfungsi dengan melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko ini.

6.Membantu mengurangkan lemak pada hati.

Kajian menunjukkan lebih 50% wanita penghidap PCOS mengalami masalah lemak dalam hati. Masalah ini bukan berlaku kepada orang obes saja, 40% orang kurus juga berisiko mengalami masalah ini.

7.Mengurangkan keradangan

Keradangan yang kronik adalah masalah utama PCOS dan pelbagai penyakit kronik yang lain.

Kajian menunjukkan gabungan omega-3 dan vitamin E boleh mengawal simptom
PCOS.

8.Meningkatkan penghasilan melatonin

Melatonin membantu tidur yang nyenyak, tapi dalam pesakit PCOS, penghasilan melatonin terganggu dan menyebabkan gangguan tidur.

9.Bantu kawal hormon testosteron

Hormon testosteron ialah hormon lelaki yang menyebabkan wanita penghidap PCOS menunjukkan beberapa ciri lelaki, termasuk muka berbulu dan masalah jerawat.

10.Turunkan paras lemak dan kolesterol dalam darah.

11.Kurangkan risiko kencing manis

Omega-3 mengurangkan kerintangan insulin dan meningkatkan penyimpanan gula. Kedua-dua ini boleh membantu mengawal gula dan insulin.

12.Kawal hormon stress

Chronic stress meningkatkan hormon kortisol yang turut meningkatkan kerintangan insulin. Minyak ikan ni boleh mengurangkan hormon ini.

13.Meningkatkan peluang untuk hamil dan mengurangkan risiko keguguran.

Selain itu EPA dan DHA juga bagus untuk otak bayi dalam kandungan.

14.Membantu dalam kitaran haid dan simptom menopaus.

15.Meningkatkan fungsi paru-paru.

16.Mungkin boleh mengurangkan risiko kanser

Omega-3 mengurangkan risiko beberapa jenis terutamanya berkaitan dengan uterus dan ovari, kanser payudara dan kanser kolon.

Berdasarkan perkongsian saya ni, saya memang sangat cadangkan pesakit PCOS untuk dapatkan minyak ikan dalam bentuk suplemen, supaya awak boleh dapat khasiat yang secukupnya.

Macam Mana Nak Pilih Minyak Ikan Yang Berkualiti Dan Berkesan?

1.Siapa pengeluar?

Ada banyak suplemen minyak ikan di pasaran. So, pastikan pilih company pengeluar yang dipercayai, dengan sejarah yang lama dalam menghasilkan produk berkualiti. Sebab bukan sikit suplemen minyak ikan yang dikeluarkan oleh company besar tapi mengandungi logam berat.

2.Ketulenan dan Keselamatan.

Pastikan company tu menghasilkan minyak ikan melaluiĀ Molecular Distillation kerana proses ini memastikan EPA dan DHA terpisah daripada logam berat.

3. Jenis ikan yang dipilih

Adakah ikan laut dalam yang bebas daripada racun logam berat atau ikan laut cetek yang rata-rata terdedah dengan tumpahan minyak dari kapal.

4.Ikan Kecik atau Ikan Besar?

Kalau ikan kecil, toksinnya kurang berbanding ikan besar pula. Kita nak elak makan minyak ikan dapat toksin, carilah minyak ikan yang dibuat daripada ikan bersaiz kecil.

5.Kemampanan atau Sustainability.

Company yang bertanggungjawab, selain nak pastikan produk tak putus, mereka juga perlu pastikan populasi ikan tak pupus. Jadi, kalau company tu diselia dan dapat sijil pengiktirafan dari Friends of The Sea lagi cun.

6.Lemak ikan atau Minyak Ikan?

Sebelum beli, check dulu kandungan EPA dan DHA nya. Ada produk yang cuma 30% Omega-3, selebihnya lemak ikan.Sebaik-baik produk ialah yang mempunyai 85% and ke atas minyak ikan berbanding lemak ikan. Selalunya brand-brand begini mempunyai gred farmaseutikal.

7.Kapsul Minyak Ikan adalah Halal.

Ni pun 1 masalah dalam bidang kesihatan. Sebab kapsul tu boleh dibuat daripada lembu atau babi. Jadi, pilih yang disahkan halal.

Saya nampak, suplemen yang memenuhi semua syarat di atas ialah OmegaGuard Shaklee. Alhamdulillah, saya memang pengamal OmegaGuard Shaklee dan sangat menyarankan awak-awak semua amalkan minyak ikan berkualiti ni.

minyak ikan terbaik

Tapi untuk pesakit PCOS, saya cadangkan 1 lagi produk, iaitu VIVIX. Suplemen paling premium di Shaklee yang sangat baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

Memang terbaik!

cara kecutkan cyst

Untuk dapatkan suplemen yang mungkin membantu mengawal penyakit anda, boleh whatsapp saya di 012 621 1883

atau isi borang di bawah, in sha Allah saya respond secepat mungkin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *