12 Faktor Risiko Stroke Yang Perlu Anda Tahu

gejala stroke

12 Faktor Risiko Stroke Yang Perlu Anda Tahu

Baru-baru ini saya dikejutkan dengan berita seorang kawan yang masih muda, baru lepas bersalin dalam 2 bulan tiba-tiba terkena sawan dan disahkan terdapat darah beku dalam otaknya menyebabkan dia koma. Alhamdulillah keadaannya sekarang sudah beransur pulih. Sebab-sebabnya masih belum dikenalpasti dan saya sendiri belum bekesempatan untuk mengunjunginya di hospital. Namun, yang pasti beliau telah mengalami strok.

Strok atau juga dikenali sebagai angin ahmar berlaku apabila aliran darah kebahagian otak terganggu sehingga menyebabkan sel-sel otak mengalami masalah kekurangan oksigen dan boleh tercedera atau mati.

Terdapat 3 jenis strok

1. Strok iskemik

Dalam Bahasa Inggeris ialah ‘ischemic stroke’ yang terjadi apabila saluran darah ke otak tersumbat atau menjadi sempit akibat mendapan lemak sehingga menyebabkan darah membeku dan oksigen gagal disalurkan ke sel-sel otak.

2. Strok berdarah

Dalam Bahasa Inggeris disebut ‘hemorrhagic stroke’ berlaku apabila saluran darah yang kecil ke otak pecah dan menyebabkan berlakunya pendarahan dalam otak.

2 mekanisma yang boleh menyebabkan strok ialah kegagalan untuk menghantar oksigen ke otak dan juga darah berkumpul di dalam otak dan menekan sel-sel otak sehingga mengurangkan fungsi sel tersebut.

3. Strok embolus

Dalam Bahasa Inggeris disebut ’embolic stroke’ yang mana berlaku apabila darah beku ataupun plak yang terjadi di mana-mana bahagian salur darah dalam tubuh terlepas dan mendap di saluran darah ke otak dan menghalang oksigen untuk sampai ke sel otak.

gejala stroke

Gejala strok

Penghidap strok boleh mendapat gejala yang ringan atau berat bergantung kepada keterukan sel otak yang rosak dan bahagian otak yang terlibat. Namun, disebabkan strok berlaku dengan kadar yang sangat cepat, jadi gejalanya mungkin muncul tanpa sebarang petanda.

Secara kasarnya, gejala-gejala strok adalah seperti berikut, dan sekiranya ada dikalangan ahli keluarga yang berisiko tinggi atau diri sendiri yang mendapatkan gejala-gejala ini perlu bertindak segera dengan membawanya ke hospital:

  • Kebas atau lemah pada otot muka, tangan, badan atau kaki terutamanya jika berlaku pada sebelah badan secara tiba-tiba.
  • Mengalami kesukaran untuk bercakap, menyebut perkataan atau menjadi keliru dengan tiba-tiba.
  • Tiba-tiba mengalami masalah penglihatan sebelah atau kedua-dua belah mata.
  • Tiba-tiba mengalami masalah ketika berjalan, berasa pening dan hilang keseimbangan.
  • Sakit kepala yang kuat secara tiba-tiba atau mungkin muntah yang berterusan.

Faktor risiko untuk mendapat strok

Risiko yang tak boleh diubah

1. Umur

Risiko untuk mendapat strok meningkat dalam 2 kali untuk setiap 10 tahun selepas mencapai umur 55 tahun. Sungguhpun, masih ramai orang di bawah 65 tahun yang tidak terlepas daripada risiko strok.

2. Sejarah keluarga

Jika ahli keluarga terdekat terutamanya ibu bapa, datuk, nenek, abang atau kakak yang pernah terkena strok, risiko anda untuk mendapat strok juga tinggi. Ada beberapa jenis strok mungkin berkait dengan penyakit genetik yang mana menyebabkan kerosakan pada salur darah di otak dan menyebabkan masalah peredaran darah.

3. Jantina

Setiap tahun, dikatakan wanita lebih banyak mengalami strok daripada lelaki dan kematian adalah lebih tinggi dikalangan wanita. Ini mungkin disebabkan penggunaan pil perancang keluarga, mengandung, sejarah preeklampsia atau eklampsia atau kencing manis semasa mengandung, wanita yang merokok dan penggunaan rawatan hormon untuk wanita yang sudah menopause.

4. Penyakit jantung

Bagi orang yang mempunyai kecacatan jantung sejak lahir, memang risiko untuk mendapat strok tidak dapat dielakkan.

Faktor risiko masalah perubatan

1. Tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi adalah punca terbesar strok dan faktor risiko yang boleh dikawal. Ramai percaya bahawa pengawalan tekanan darah yang efektif adalah kunci untuk mencegah strok dikalangan pesakit tekanan darah tinggi.

2. Kencing manis

Kejadian strok juga sangat bergantung kepada penyakit kencing manis yang mana kebanyakan pesakit tidak hanya menghidap kencing manis, sebaliknya mungkin juga mempunyai tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan berat badan berlebihan atau obes.

Kencing manis dan ditambah dengan penyakit-penyakit metabolik yang lain juga merupakan kombinasi yang baik untuk meningkatkan risiko terkena strok.

4. Penyakit jantung

Antara masalah jantung yang boleh meningkatkan risiko strok ialah:

Atrial fibrillation iaitu keadaan di mana jantung berdegup dengan tidak teratur menyebabkan pengaliran darah ke seluruh badan tidak begitu baik. Adakalanya, jantung berhenti mengepam darah dan ini boleh menyebabkan berlaku pembekuan darah yang boleh menyekat pengaliran darah ke otak sekiranya ia termendap pada saluran darah di otak.

Kegagalan jantung. Apabila seseorang mengalami masalah kegagalan jantung, bermakna jantungnya gagal berfungsi dengan baik. Kegagalan jantung menyebabkan gangguan penghantaran darah ke otak dan seluruh badan yang lain.

5. Obesiti

Biasanya orang yang obes turut mempunyai masalah kolesterol yang tinggi. Kolesterol tinggi ini boleh membentuk plak yang boleh mendap pada mana-mana pembuluh darah.

Orang obes juga biasanya lebih banyak menjalani kehidupan yang kurang aktif menyebabkan pengaliran darah juga terganggu dan boleh meningkatkan risiko darah beku.

Faktor risiko berkaitan dengan gaya hidup

1.Merokok

Merokok atau kini popular dengan vape dianggap sebagai gaya hidup yang cool. Namun, semua orang tahu bahawa merokok adalah punca pelbagai penyakit dan kajian membuktikan bahawa merokok adalah salah satu faktor risiko yang sangat penting untuk strok. Nikotin dan karbon monoksida yang terkandung dalam rokok boleh merosakkan jantung dan saluran darah.

Untuk wanita penggunaan pil perancang keluarga terutamanya yang mengandungi estrogen untuk jangka masa yang lama ditambah merokok adalah kombinasi terbaik untuk meningkatkan risiko mendapat strok.

2. Minum alkohol secara berlebihan

Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, seterusnya meningkatkan risiko untuk strok. Walaupun ramai berpendapat wine merah memberi manfaat kesihatan kepada jantung, namun ianya harus diambil dalam kadar yang sederhana.

3. Kehidupan yang tidak aktif

Bagus sangat kerana sekarang Kementerian Kesihatan sedang berkempen di TV supaya masyarakat menjalani kehidupan yang lebih aktif dan amalkan bersenam. Namun, mungkin kerana kehidupan kita yang semakin sibuk dengan pekerjaan menjadikan masa sangat limited untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal.

Jadi, lebih kreatif, mungkin sewaktu di pejabat, boleh berjalan sambil gerakkan tangan seperti sedang senaman ataupun berjalan dengan lebih laju. Hujung minggu janganlah pula habiskan masa dengan tidur, sebaliknya bawa keluarga bersenam di taman.

Kajian terbaru menunjukkan seseorang yang bersenam 5 hingga 6 kali seminggu lebih rendah risikonya untuk mendapat penyakit strok.

Panduan aktiviti fizikal yang disarankan kepada orang dewasa oleh CDC ialah:

  • Aktiviti yang sederhana : 150 minit aktiviti yang sederhana dalam seminggu. (Contoh : berjalan laju, aktiviti dalam air dan berbasikal) dan 2 hari atau lebih setiap minggu latihan mengangkat beban.
  • Aktiviti yang lebih berat : Atau 75 minit aktiviti yang lebih berat dalam seminggu (Contoh : berjoging, berlari atau berenang yang lebih berat) dan 2 hari atau lebih latihan mengangkat beban setiap minggu.
  • Pecah-pecahkan masa : Jika tidak boleh bersenam selama 30 minit sekaligus, pecahkan aktiviti kepada 10 minit atau 15 minit setiap kali. Yang penting, setiap minit anda melakukan aktiviti fizikal adalah dikira.
  • Jadikan aktiviti fizikal satu aktiviti yang menarik : Ikut apa yang anda gemarkan, tak perlu ikut orang. Contoh, anda suka menari, boleh jadikan itu sebagai aktiviti fizikal atau lakukan bersama kawan-kawan dan keluarga.

4. Pemakanan dan nutrisi

Pemakanan sudah tentu menjadi perkara yang paling penting dalam hidup kita kerana setiap hari kita akan makan. Betul tak? Namun, dari segi pemakanan terdapat 2 cara risiko strok boleh meningkat.

Yang pertama, tentulah berlebihan makan sehingga menyebabkan berat badan berlebihan, lain-lain penyakit seperti kencing manis, paras kolesterol, lemak dan bahan lain yang boleh menyebabkan penyakit tinggi dalam saluran darah menyebabkan pembentukan plak atau darah menjadi pekat meningkatkan risiko strok.

Yang kedua, kita tidak sedar walaupun kita mendapat bekalan makanan yang cukup, namun adakah nutrisi yang menjadi makanan sel kita supaya berfungsi dengan baik cukup? Kebanyakan kajian mendapati ramai orang dewasa tidak mendapat vitamin dan mineral yang cukup dalam pemakanan, menyebabkan sel dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan seterusnya boleh menyebabkan penyakit.

Faktor risiko yang kita boleh ubah sebenarnya lebih banyak daripada faktor yang tidak boleh diubah. Sama-sama jaga kesihatan diri dan ahli keluarga. Semoga kita datang ke dunia dengan badan yang sihat dan dikembalikan kepada Allah dalam keadaan yang masih baik.

Sebarang pertanyaan atau saja nak sembang-sembang, boleh hubungi saya,

Fyda Noh : 012 621 1883

 

Sumber : Stroke.Org

Davidson’s Principle & Practice of Medicine

 

 

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *