12 Cara Semulajadi Kawal Hormon Wanita Elakkan Masalah Takda Penghujung (Part 2)

haid tak teratur

12 Cara Semulajadi Kawal Hormon Wanita Elakkan Masalah Takda Penghujung

Entry ini adalah sambungan part 1 – 12 Cara Semulajadi Mengawal Hormon Wanita. Hormon wanita ni bikin ribut kan? Wanita sendiri pun kadang-kadang tak faham, apa lagi nak harapkan orang lain faham.

Masalah hormon tak stabil ni makin ketara dalam kehidupan sekarang. Mungkin gaya hidup yang dah berubah, wanita makin sibuk dengan kerja dengan uruskan keluarga, banyak terdedah kepada pecemaran dan juga tak boleh nafikan penggunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia yang menganggu keseimbangan hormon.

Jadi, saya sambung lagi 6 cara untuk kawal hormon. Yang sebelum ni anda boleh rujuk di Bagaimana Kawal Hormon Wanita Part 1. 

haid tak teratur

12 Cara Mengawal Hormon Wanita Secara Semulajadi.

1. Amalkan minum teh hijau

Saya sangat suka teh hijau Cinch tea Shaklee. Memang sedap. Rupanya teh hijau ni mengandungi antioksida yang banyak manfaat untuk kesihatan.

Kajian menunjukkan teh hijau boleh membantu kurangkan hormon insulin dan meningkatkan sensitiviti terhadap insulin.

Jadi, teh hijau ni sebenarnya boleh membantu anda yang ada kencing manis, berat badan berlebihan dan kerintangan insulin.

tips elak mengantuk dalam kelas

2. Kurangkan protein dari daging, lebihkan daripada ikan

Ikan berlemak (fatty fish) adalah sumber terbaik lemak baik omega-3 setakat ini. Omega-3 ini mempunyai sifat anti-radang.

1 kajian yang dijalankan mendapati lelaki yang mengambil omega-3 merembeskan paras kortisol yang lebih rendah semasa stress.

Selain itu juga, omega-3 juga membantu untuk mengurangkan kerintangan insulin dan dalam kajian kepada ibu-ibu mengandung yang menghidap kencing manis (GDM). Pengambilan omega-3 sebanyak 1000mg sehari selama 6 minggu mengalami pengurangan insulin dan keradangan dalam badan.

3. Tidur yang berkualiti

Maksudnya kena tidur dengan cukuplah. Sebab tidur yang tak cukup secara langsung boleh menganggu keseimbangan hormon. Termasuklah hormon insulin, kortisol, leptin dan juga hormon pertumbuhan kerana fungsi otak dalam mengawal hormon boleh terganggu.

Selain daripada tu, kurang tidur juga boleh menganggu kesihatan hati. Dan hati adalah organ yang penting untuk menukarkan hormon estogen ke bahan yang lebih selamat untuk dibuang daripada badan.

kurang tidur

4. Elakkan minuman yang mengandungi gula tinggi

Ramai orang bila saya nasihatkan untuk kurankan gula atau tak ambik gula langsung, mereka cakap minuman mereka memang tak campur gula. Tapi rupanya mereka minum 3 in 1. Memang la tak campur gula, tapi dalam tu memang dah sedia gula tinggi.

Benda-benda ni kita panggil gula tersembunyi. Kita selalu anggap minuman jus itu adalah baik untuk kesihatan, tapi sebenarnya gula sangat tinggi. Jadi, hati-hati pilih minuman.

Sebab gula yang tinggi boleh meningkatkan keradangan, meningkatkan insulin dan kerintangan insulin. Jadi ini berpotensi menganggu keseimbangan hormon.

5. Banyakkan pengambilan serat dalam diet harian

Serat adalah antara nutrisi yang paling sukar nak cukup dalam diet harian. Makan sayur nya sikit, buah pun kadang-kadang tak makan. Tak hairan lah ramai antara kita yang mengalami masalah sembelit.

Tapi rupanya serat ni ada kaitan dengan hormon juga.

Kajian menunjukkan pengambilan serat boleh bantu kita kawal selera sebab serat juga menurunkan insulin dan mengawal hormon lapar.

Serat juga boleh bantu untuk cuci usus kita daripada toksin-toksin yang boleh merosakkan sel usus.

So, pastikan anda dapat cukup serat dalam diet harian ya…

6. Makan telur tanpa ragu-ragu

Telur ni makanan sihat ke tak? Orang kata telur boleh naikkan kolesterol. Ini lah silap kita. Sebenarnya telur ialah antara makanan yang paling sihat di planet ni.

Menurut kajian, telur mempengaruhi hormon yang mengawal pengambilan makanan secara langsung, termasuklah mengurangkan insulin dan ghrelin. Dan telur juga dikatakan memberi kesan positif kepada hormon.

Jadi, tak perlu risau nak makan telur ya. Telur putih, telur kuning semua ok. Bila-bila masa pun boleh makan.

Semoga bermanfaat untuk anda yang ada masalah hormon. Boleh klik sini jika nak baca Cara Kawal Hormon Secara Semulajadi Part 1 yang saya tulis sebelum ni.

Tapi sebelum saya stop, saya ingin sangat nak berkongsi dan membantu wanita yang ada masalah fibroid. Sebab walaupun fibroid ni adalah sejenis ketumbuhan yang bukan kanser, tapi masalah utama dia ialah hormon tak stabil, iaitu hormon estrogen yang berlebihan. Dan hormon estrogen berlebihan ni sebenarnya berisiko untuk meningkatkan risiko kanser.

So, sampai bila nak biarkan hormon tak stabilkan?

Boleh tonton video ni dan berkongsi la dengan rakan-rakan yang mungkin ada masalah ini.
Jika ada masalah berkaitan wanita, ada ketikanya hormon disalahkan.

Sekiranya ada apa-apa persoalan, boleh hubungi saya di 012 621 1883

atau direct wasap – www.wasap.my/60126211883

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.