11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Boleh Dielakkan

penawar buah pinggang rosak

11 Punca Buah Pinggang Rosak Yang Boleh Dielakkan

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Renal (buah pinggang) untuk post-basic (post-basic ialah program untuk jururawat dan paramediks di Malaysia untuk menentukan pengkhususan, kiranya pakar dalam bidang itulah), adik saya tak habis-habis cadangkan untuk kami buka pusat dialisis suatu hari nanti.

Katanya untung sangat buka pusat dialisis ni, sebab setiap hari orang akan datang cuci buah pinggang. Seorang pesakit buah pinggang paling kurang perlu cuci 3 kali seminggu, ada yang sampai setiap hari. Jadi, memang boleh buat duit.

Duit, duit juga. Memang untung sangat boleh buat duit. Tapi, kita ni manusia juga. Setiap hari tengok betapa susahnya orang nak cuci buah pinggang. Nak kena cucuk setiap kali nak cuci, apalagi kalau melibatkan ahli keluarga sendiri. Alhamdulillah, setakat ni ahli keluarga saya masih bebas daripada penyakit buah pinggang.

Mengalami kerosakan buah pinggang memang tidak dipinta oleh sesiapa pun, tapi gaya hidup kita boleh mengubahnya. Saya tidak mahu kehidupan saya berakhir begitu dan kalau boleh saya juga tidak mahu orang sekeliling saya mendapat nasib seperti itu. Kena cuci buah pinggang bererti kehidupan sangat terbatas. Nak pergi mana-mana pun susah, kecuali ada mesin dialisis yang portable yang boleh dibawa ke mana-mana.

Sebelum kawan-kawan terus baca punca kerosakan buah pinggang, tentu kawan-kawan minat nak tahu tanda awal kerosakan buah pinggang kan?

Ha.. sebab tu saya buat video ni. Supaya senang nak faham

Ok, dah tengok video tu?

Boleh teruskan baca 11 punca yang menyebabkan buah pinggang boleh rosak, supaya kita boleh mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga buah pinggang sebaiknya.

1. Kerap tahan kencing

2. Kurang minum air

3. Suka makan makanan masin

4. Suka minum minuman bergas atau berkarbonat

5. Kerap terkena jangkitan kencing dalam erti kata lain tidak menjaga kebersihan anggota kencing dengan baik dan tidak dirawat dengan sempurna. Ini salah satu masalah kebanyakan pesakit saya kerana setiap kencing kotor akan diberi antiobiotik yang perlu dihabiskan mengikut masa. Ada yang makan sesuka hati dan ada yang sengaja makan separuh. Antibiotik yang tidak dimakan dengan betul lebih buruk kesannya daripada tidak mengambil antibiotik langsung.

6. Kerap makan daging merah dan makanan laut yang tinggi kandungan asid urik.

7. Merokok

8. Kerap makan pil tahan sakit

9. Minum alkohol berlebihan

10. Penyakit tekanan darah tinggi dan kencing manis yang tidak terkawal

11. Obesiti dan penyakit metabolik.

Kepada sesiapa yang ada masalah seperti diatas, ketahuilah kesemua itu kita boleh elakkan. Jadi, amalkan gaya hidup yang sihat dan jagalah kesihatan buah pinggang masing-masing. Kita ada 2 sahaja buah pinggang setiap orang. Kalau rosak 1, mungkin 1 lagi boleh ambil alih. Kalau dah tinggal 1, mesin nak ambil alih?

Mereka yang berpenyakit kegagalan buah pinggang tak diwajibkan pergi haji menurut muzakarah kebangsaan dan Lembaga Tabung Haji juga tidak membenarkan mereka ikut. Memang sedih menghadapi pesakit buah pinggang yang teringin sangat pergi haji sampai tak tulis penyakitnya, tapi doktor boleh kenal tau.

Jadi, jaga kesihatan buah pinggang, semoga kita tergolong dalam golongan yang berpeluang menunaikan ibadah haji. Tapi, in sha Allah, masih ada jalannya. Setiap sakit yang Allah turunkan, diturunkan sekali dengan ubat. Baik sangat Allah. Jadi, boleh klik link ini untuk membaca harapan baru untuk pesakit kegagalan buah pinggang yang sedang dialisis.

Suplemen Untuk Kesihatan Buah Pinggang

Vivix

Vivix ialah suplemen antioksida yang terbaik di dunia. Vivix membantu pesakit buah pinggang atau membantu melindungi kerosakan buah pinggang melalui cara berikut:

1. Kandungan antioksida yang tinggi mengurangkan kerosakan sel buah pinggang akibat radikal bebas.

2. Mengurangkan penggumpalan sel darah kuning (platlet) pada buah pinggang.

3. Membantu mengembangkan salur darah dan menggalakkan pengaliran darah ke buah pinggang.

4. Membantu kematian sel dengan cara yang sihat.

Vitamin D

yang merupakan vitamin larut lemak berfungsi untuk menyerap kalsium dari buah pinggang dan mengelakkan batu karang. Batu karang yang tidak dirawat boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.

Vitamin C yang merupakan vitamin larut air dan bertindak sebagai antioksida yang melindungi sel buah pinggang daripada radikal bebas.

Kalsium dan potassium

Sel podocyte dalam buah pinggang (sel asas kepada binaan penapis) bergantung kepada kalsium dan potassium untuk membantu mengawal penapisan darah. Kedua-dua mineral ini menentukan saiz penapis dalam buah pinggang untuk mengeluarkan toksin.

Untuk memelihara kesihatan buah pinggang, gabungan vitamin Shaklee dibawah boleh membantu awak.

Ostematrix ialah gabungan kalsium, magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan antara satu sama lain untuk mengelakkan pembentukan batu karang di dalam buah pinggang

Vitamin C adalah antioksida larut air yang akan ditapis di buah pinggang, jadi bertindak untuk meneutralkan radikal bebas di kawasan buah pinggang dan memelihara kesihatannya.

Omega Guard

OmegaGuard adalah minyak ikan yang diperoleh daripada ikan laut dalam yang bebas pencemaran logam berat termasuk merkuri, plumbum dan lain-lain.

Asid lemak Omega-3 terbukti boleh meningkatkan kesihatan buah pinggang pesakit kencing manis. Jadi, suplemen ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh pesakit kencing manis, apatah lagi diabetis adalah punca utama kerosakan buah pinggang. Kajian ini dijalankan oleh Universiti of Hong Kong yang dilaporkan dalam Diabetic Medicine.

(nutraingredient)

Asid lemak omega-3 yang membentuk sel membran yang normal juga dikatakan bermanfaat untuk pesakit yang sedang menjalani dialisis buah pinggang.

(asnjournal)

Energizing Soy Protein (ESP)

Pengambilan protein dalam pesakit buah pinggang menjadi kontroversi kerana dikatakan kerosakan buah pinggang yang dialami tidak dapat menapis bahan buangan yang terhasil daripada protein dan bahan itu akan terperangkap dalam badan.

Tapi, kita tahu kita memang perlukan protein untuk menjalankan pelbagai fungsi sel termasuk membina sel baru dan menyembuhkan luka. Protein juga boleh jadi sumber tenaga, memandangkan pesakit ini perlu mengurangkan pengambilan karbo dan lemak.

Protein tumbuhan tidak sama dengan protein haiwan dan tidak menghasilkan bahan buangan berbahaya. Dan antara protein tumbuhan, soya mungkin pilihan terbaik untuk dipertimbangkan.

(renal&urology)

Untuk dapatkan suplemen ni boleh hubungi saya, Fyda di 012 621 1883 (www.wasap.my/60126211883)

Atau kalau nak beli sendiri secara online klik gambar di bawah. Namun, saya ingatkan produk ni bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuhkan penyakit. Sila dapatkan rawatan daripada doktor yang bertauliah.

 

49 comments