10 Cara Mengawal Anxiety Yang Diamalkan Oleh Penghidap Bipolar Disorder

cara mengawal anxiety disorder malaysia

10 Cara Mengawal Anxiety Yang Diamalkan Oleh Penghidap Bipolar Disorder

Penyakit mental ialah penyakit yang makin meningkat di Malaysia dan katanya pada tahun depan penyakit mental ni ialah penyakit kedua paling tinggi selepas sakit jantung.

Menurut Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang terkini, setiap tiga orang dalam 10 orang dewasa berusia lebih 16 menderita pelbagai isu kesihatan mental.

Cuma yang malangnya, masih ramai tidak faham mengenai penyakit ini terutamanya dari segi istilah ‘kecelaruan mental lazim’, punca serta akibat yang mungkin berlaku di samping mengenal pasti gejala awal penyakit mental yang utama.

Dalam masa yang sama masih wujud stigma yang menebal berkait dengan penyakit mental dari sudut budaya yang dibentuk oleh kepercayaan karut serta tanggapan salah. Ini menyebabkan ramai pesakit mental menderita dalam senyap.

cara mengawal anxiety disorder malaysia

Kesihatan Mental Tak Jadi Keutamaan

Kalau dulu kita jarang-jarang kan dengar pasal penyakit mental? Kalau kita tahu pun orang gila, yang bercakap sorang-sorang, yang tak berpakaian tu kan? Itulah fahaman kita dulu tentang penyakit mental.

Akibat tak peduli tentang masalah mental ni, sekarang ni masalah ni dah makin meruncing dan boleh mengganggu keseimbangan sosial di negara. Apa lagi orang yang menderita masalah mental tu sendiri, lagi lah memberi kesan kepada mereka.

Rupanya masalah mental ni bukan je melibatkan orang yang duk bercakap sorang-sorang tepi jalan yang kita duk label tak siuman tu, rupanya bermula dari peringkat awal, mungkin bermula dengan stress yang akhirya melarat hingga seseorang tu tak mampu nak kawal perasaan.

Masalahnya orang yang mengalami masalah ni ragu-ragu nak mendapatkan pertolongan sebab rasa benda tu masalah biasa dan juga stigma masyarakat mengenai masalah mental.

Tips Menghadapi Masalah Mental Untuk Kehidupan Yang Lebih Baik

Saya nak berkongsi 10 tips yang dikongsikan sendiri oleh orang yang mengalami bipolar disorder. Bipolar disorder ini adalah keadaan mental yang mana seseorang tu ada masa terlalu happy, ada masa jadi tertekan. Maksudnya dia hidup dalam 2 alam.

So, inilah 10 tips yang dia telah buat untuk membantu masalah kesihatannya.

1.Buang orang negatif daripada hidup. 

Mereka ni mungkin orang yang susah faham tentang apa yang anda hadapi. Lalu, mungkin bila anda kena serangan tu anda dituduh mengada-ngada.

2. Pemakanan yang sihat dan seimbang.

Ini ialah benda paling basic. Yang paling utama kurangkan karbohidrat ringkas & gula. Lebihkan makanan tinggi antioksida & dapatkan mikronutrien yang cukup. Tak lupa, banyakkan protein & lemak yang berkualiti.

3. Senaman.

Senaman ialah salah 1 cara untuk legakan stress. Dengan bersenam secara teratur, hormon gembira iaitu endorfin yang memberi perasaan positif dan gembira.

4. Dedahkan diri pada matahari.

Tapi sila pilih matahari pagi ya.. mungkin waktu pagi ialah waktu yang tenang dan alam ni nampak ceria. Mungkin juga waktu tu vitamin D giat dihasilkan dalam badan. 

5. Tidur yang cukup & berkualiti.

Antara perkara yang menimbulkan stress dan mungkin mencetus serangan ialah tak cukup tidur. Kalau dapatkan waktu tidur yang tetap. Tidur pada waktu yang sama & bangkit pada waktu yang sama.

6. Banyakkan baca buku dan berfikir.

Ini supaya sel otak bersambung dan mengembangkan fungsi otak. Selain itu boleh juga buat latihan yang merangsang otak seperti sudoku, teka silang kata & sebagainya. 

7. Jangan lupa rehat.

Anda perlu rehat, relaks untuk elakkan diri berserabut & fikir yang tak patut. Mungkin boleh meditasi, join kelas yoga ataupun hadiri sesi terapi.

8. Berkomunikasi dengan orang lain.

Dalam keadaan ni ada perlu ada seseorang yang anda percaya & percayakan anda. Jika perlukan sesuatu, katakan dengan jelas kepada orang berkenaan. Kalau boleh, jika rasa resah atau agak2 nak kena serangan tu jangan mengadu di media sosial sebab orang lain yang baca mungkin ada pelbagai persepsi lain.

9. Tolong orang lain.

Dengan menolong orang lain anda akan rasa lebih baik. Mungkin anda boleh join badan atau persatuan yang buat charity.

10. Menulis jurnal

Sediakan 1 buku dan ceritakan apa yang berlaku kepada anda, perasan anda. Kadang2 anda rasa lega bila dapat meluahkan.

Jangan Ragu-Ragu Untuk Mendapatkan Pertolongan

Last but not least, jangan rasa anda sendirian di dunia. Memang ramai yang ingin menolong cuma anda perlu cari saluran yang betul. Terutamanya dekatkan diri dengan ahli keluarga sendiri.

Namun, di sana ada juga badan-badan besar yang menawarkan khidmat untuk orang yang ada masalah kejiwaan.

Antara saluran yang boleh dihubungi ialah BeFriender – +60379568145 (hotline)

Ataupun anda boleh juga berkunjung ke klinik Mentari, Pusat Kesihatan Mental Komuniti atau MENTARI (gabungan mental dan psiakitri) untuk membantu anda yang ada stress ringan yang mana anda boleh berkunjung saja tanpa perlu temujanji.

Semoga tips ini boleh membantu dan mohon klik butang share, semoga boleh bantu lebih ramai yang ada masalah ini.

Jika nak hubungi saya, boleh kontek nombor ini,

Fyda – 012 621 1883 atau direct wasap

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

www.wasap.my/60126211883

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.