10 Petua Untuk Kecutkan Fibroid, Ikhtiar Sebelum Pembedahan

cara merawat fibroid

10 Tips Untuk Kecutkan Fibroid, Ikhtiar Sebelum Pembedahan

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal daripada tisu rahim. Walaupun fibroid bukanlah kanser, maksudnya sel ini tak merebak dan merosakkan sel lain, tapi saiz fibroid boleh membesar dan menyebabkan masalah seperti haid yang lebat, masalah kesuburan, menekan pundi kencing dan usus dan juga organ sekitarnya.

Ketumbuhan ini sangat bergantung kepada hormon estrogen. Biasanya jika saiz fibroid kecil, rawatannya tunggu dan lihat atau ada yang memberi rawatan hormon untuk mengimbangkan hormon semula. Jika siaz fibroid besar, pembedahan untuk buang fibroid dicadangkan, tapi pembedahan ialah rahim wanita terpaksa dibuang.

Mengimbangi antara hormon estrogen dan progesteron adalah kunci utama untuk mengawal fibroid. Namun, dalam kehidupan kita sekarang, banyak bahan kimia dlama makanan yang boleh meningkatkan hormon estrogen seterusnya meningkatkan risiko fibroid.

cara merawat fibroid

9 Cara Pemakanan Yang Berkait Dengan Fibroid, Mungkin Boleh Jadi Ikhtiar Sebelum Dibedah.

1. Makanan yang sihat dan berkhasiat

Ini memang wajib kepada semua orang. Tapi pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi banyak zat dan antioksida. Dikatakan juga makanan yang mengandungi phytoestrogen baik kepada penghidap fibroid sebab phytoestrogen bertindak pada reseptor yang sama dengan estrogen tapi tindakannya lebih rendah. Ini secara tak langsung mengurangkan dominasi hormon estrogen.

Sayur dan buah juga mengandungi serat yang tinggi untuk elakkan sembelit. Sembelit bahaya kerana meningkatkan toksin dan hormon estrogen dalam badan.

2. Elakkan makanan proses

Makanan proses, terutama makanan dalam tin sebenarnya banyak mengandungi xenostrogen iaitu bahan kimia yang boleh mengganggu keseimbangan hormon.

3. Sumber protein

Pengambilan protein melalui sumber ikan terutamanya ikan salmon adalah digalakkan berbanding daging merah. Dan ikan salmon kaya dengan omega-3 yang bertindak sebagai anti-keradangan.

Selain itu boleh dapatkan protein melalui tumbuh, contohnya soya.

4. Elakkan makanan kolesterol tinggi

Kolesterol yang tinggi dalam badan boleh meningkatkan hormon estrogen kerana bahan akhir kolesterol ialah hormon estrogen. Begitu juga orang obes berisiko tinggi untuk penyakit fibroid.

5.Kurangkan makanan dengan indeks glisemik tinggi

Menurut kajian yang dimuatkan dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ makanan dengan gula ini boleh meningkatkan risiko fibroid.

6. Banyakkan minum air masak

Penting untuk pastikan badan kekal terhidrat dan membantu melawaskan buang air besar untuk elakkan toksin tersimpan lama dalam badan.

7. Jauhi alkohol

Sebagai orang Islam, memang alkohol haram pun. Tapi alkohol boleh menyebabkan hormon jadi tak seimbang. Dan jauhi rokok dan asapnya juga.

8. Hadkan pengambilan minuman berkafein

Pengambilan kafein berlebihan mungkin mengurangkan aktiviti hati untuk memproses estrogen.

9. Cuba turunkan berat badan

Amalkan makan dengan sikit tapi kerap. Ini akan membantu menurunkan berat badan dan menjaga metabolisme.

10. Suplemen mungkin boleh membantu

Baru-baru ni kawan saya telah disahkan menghidap fibroid sebesar 13cm. Pada mulanya, doktor terus plan nak bedah, tapi kawan saya minta bagi masa 1 bulan untuk berikhtiar dengan suplemen.

Alhamdulillah, kita hanya berikhtiar, yang memberi kesembuhan daripada Allah jua. Selepas sebulan, fibroidnya mengecil ke 2cm. Dan sudah tentu, dia tak ambik makanan proses dan jaga betul pemakanan disamping turunkan berat badan.

Dan ini adalah cadangan vitamin yang digunakan oleh dia.

petua kecutkan fibroid

 

Bagaimanapun, saya cadangkan anda berbincang dan dapatkan nasihat doktor yang merawat sebelum ambil apa-apa suplemen sebab suplemen bukan bertujuan untuk merawat penyakit, tetapi menyokong keperluan nutrisi tubuh seseorang. Dalam erti kata lain, supaya seseorang lebih sihat secara keseluruhannya.

Jika anda berminat nak cuba vitamin di atas, boleh hubungi saya. Nanti kita boleh decide vitamin yang sesuai untuk masalah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *