10 Gejala Penyakit Buah Pinggang Yang Perlu Diawasi

penyakit buah pinggang

10 Gejala Penyakit Buah Pinggang Yang Perlu Diawasi

Ramai orang yang menghidap penyakit buah pinggang tidak menyedarinya kerana gejala yang ditunjukkan biasanya tidak menjurus kepada buah pinggang atau mungkin ramai antara kita yang kurang arif tentang fungsi buah pinggang. Makanya, apabila fungsi buah pinggang menurun atau buah pinggang kehilangan fungsi, ramai yang gagal mengesan punca masalah itu.

Penyakit buah pinggang adalah penyakit yang didiagnos berdasarkan peringkat kerosakan buah pinggang. Kerosakan buah pinggang sebenarnya mengambil masa yang lama untuk berlaku, sehingga ada pesakit yang mungkin tidak akan mengalami kegagalan buah pinggang walaupun akhirnya komplikasi penyakit ini adalah kegagalan yang memerlukan dialisis.

Oleh kerana penyakit buah pinggang biasanya berpunca daripada penyakit kronik yang lain, seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi, maka pesakit-pesakit yang berisiko tinggi ini akan sentiasa dipantau supaya penyakit buah pinggang dapat dikesan dengan lebih awal dan rawatan sewajarnya dapat diberikan. Namun, sekiranya penyakit-penyakit kronik ini tidak pernah dikesan, mungkin kerana seseorang tidak pernah melakukan ujian darah, simptom-simptom di bawah boleh membantu untuk memberi petanda bahawa seseorang itu mungkin menghidap penyakit buah pinggang.

penyakit buah pinggang

Gejala awal penyakit buah pinggang.

1. Perubahan ketika membuang air kecil

  • Oleh kerana air kencing diproses oleh buah pinggang, jadi kerosakan pada buah pinggang sudah tentu memberi kesan kepada pembuangan air kencing. Apakah masalah yang berlaku apabila seseorang mengalami penyakit buah pinggang?
  • Mungkin anda perlu bangun lebih kerap pada waktu malam untuk membuang air kecil
  • Air kencing mungkin berbuih seperti sabun
  • Kuantiti air kencing banyak daripada biasa dan warnanya agak pucat.
  • Air kencing mungkin mengandungi darah.
  • Anda mungkin mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Mungkin rasa sangat nak kencing, tapi bila pergi tandas hanya beberapa titik yang keluar.

2. Bengkak.

Pada permulaannya, pesakit mungkin mengalami bengkak kaki sahaja. Biasanya penyakit buah pinggang menyebabkan bengkak pada kedua-dua belah kaki.

Kadang-kadang mungkin kaki bengkak sukar dilihat dengan mata kasar, namun biasanya anda boleh merasakan yang kasut semakin ketat.

3. Mudah penat dan letih melampau

Selain berfungsi menapis kotoran dalam badan, buah pinggang juga menghasilkan sejenis hormon yang dipanggil erythropoitein yang membantu untuk penghasilan sel darah merah.

Seperti yang diketahui fungsi sel darah merah ialah untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel. Oksigen yang kurang boleh menyebabkan badan berasa penat.

4. Kulit gatal ataupun beruam

Disebabkan fungsinya untuk membuang kotoran-kotoran daripada badan, jika buah pinggang gagal untuk berfungsi maka kotoran itu akan berkumpul dan menyebabkan kulit gatal dan kusam

Kesan garu atau calar boleh dilihat pada kulit tambahan pula kulit pesakit ini lebih kering dan nipis.

5. Rasa seperti besi pada lidah dan nafas berbau seperti ammonia.

Perkumpulan ammonia di dalam badan boleh menyebabkan nafas berbau tajam dan tengik serta menyebabkan makanan berasa pelik. Ada juga pesakit yang mendapati bahawa mereka tidak lagi suka memakan daging.Kadang-kadang rasa besi pada lidah boleh jadi terlalu kuat sehingga selera makan juga berkurang dan berat badan juga mungkin menurun.

6. Loya dan muntah

Pengumpulan kotoran dalam badan juga boleh menyebabkab loya dan muntah, kurang selera makan, seterusnya boleh menyebabkan berat badan juga berkurang.

7. Sering berasa sesak atau sukar bernafas

Terdapat 2 sebab yang membawa kepada masalah sukar bernafas. Yang pertama, kerana air berlebihan tidak disingkirkan daripada badan, air ini akan berkumpul dalam paru-paru dan menyebabkan paru-paru menjadi sempit.

Yang kedua, kemungkinan anemia yang menyebabkan bekalan oksigen ke seluruh badan berkurang.

8. Sering berasa sejuk

Kemungkinan besar anemia menyebabkan pesakit buah pinggang sering berasa kesejukan walaupun berada di tempat panas.

9. Sering pening dan sukar untuk memberi perhatian.

Anemia turut menyebabkan otak tidak mendapat bekalan oksigen yang sepatutnya. Ini  boleh menganggu sistem memori, menyebabkan pening dan sukar untuk memberi perhatian dalam melakukan tugas.

10. Sakit pada bahagian pinggang dan kaki.

Penyebab utama penyakit buah pinggang tidak menyebabkab kesakitan dan kebanyakan sakit di kawasan buah pinggang bukanlah disebabkan oleh penyakit buah pinggang itu sendiri walaupun ada pesakit buah pinggang yang mungkin menderita kesakitan.

Penyakit yang melibatkan buah pinggang yang biasa menyebabkan kesakitan ialah:

  • Penyakit polisistik buah pinggang.
  • Jangkitan buah pinggang ataupun batu karang boleh menyebabkan sakit yang terlalu sakit.
  • Jangkitan pada pundi dan saluran kencing menyebabkan rasa terbakar apabila membuang air kecil.

 

Bacaan tentang punca penyakit buah pinggang.

 

Awasi tanda-tanda di atas terutamanya jika anda adalah pesakit penyakit-penyakit kronik walaupun memang dipantau oleh doktor di klinik atau di hospital. Sekurang-kurangnya jika tahu lebih awal, bolehlah rawatan yang sesuai diberikan dengan lebih cepat, tapi kalau boleh cegah komplikasi ini kan lebih bagus.

Kalau ada apa-apa pertanyaan, atau nak sembang saja, boleh hubungi saya,

Fyda : 012 621 1883

 

Sumber: LifeOptions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *