1 Tip Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dan Berat Badan Turun 2 Kg

tips mengawal tekanan darah

1 Tip Mengawal Tekanan Darah Tinggi Dan Berat Badan Turun 2 Kg

Dulu kalau ada pesakit yang berusi 30-an datang ke klinik untuk berjumpa doktor X , doktor X jarang nak cek tekanan darahnya. Apa lgi nak cek darah, tengok gula, kolesterol dan sebagainya. Almaklumlah, masih muda kan? Baru 30-an. Tapi sekarang, umur 20-an dah ada penyakit kronik disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat.

Mengikut statistik, 1 daripada 3 orang rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas adalah penghidap penyakit tekanan darah tinggi. Lebih membimbangkan, mereka mempunyai berat badan yang berlebihan ataupun obesiti. Ramai yang tak sedar dan tak ambil serius masalah obesiti. Sebenarnya obesiti adalah masalah yang sangat serius dan merupakan punca utama penyakit-penyakit kronik.

Dalam hal ini, obesiti perlu diletakkan pada kedudukan pertama, diikuti oleh penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, kencing manis, hati berlemak, sakit jantung, strok dan kanser hati.

Selain itu, terdapat juga statistik yang membuktikan bahawa daripada 100 orang rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi atau hipertensi, hanya 6 orang sahaja yang berjaya mengawal tekanan darah, 94 orang lagi mempunyai risiko tinggi mendapat komplikasi penyakit ini, termasuk strok.

Satu lagi fakta penting mengenai tekanan darah tinggi ialah, seseorang mungkin tidak mempunyai apa-apa simptom walaupun tekanan darahnya semakin meningkat. Dan ramai juga pesakit yang hanya diketahui menghidap tekanan darah tinggi selepas diserang strok.

tips mengawal tekanan darah

Nak Cuba Detoks Untuk Kawal Tekanan Darah?

Ramai yang tahu bahawa tekanan perasaan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Tekanan darah tinggi sebenarnya terjadi apabila ada masalah di jantung, ataupun salur darah. Tapi, yang paling biasa berlaku ialah bila saluran darah menyempit dan menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat, jadi tekanan darah pun akan menjadi tinggi.

Apa yang menyebabkan salur darah boleh menyempit?

Walaupun kita rasa persekitaran kita bersih, makanan yang kita makan bersih dan berkhasiat, hakikatnya kita hidup dalam dunia yang penuh dengan toksin dan racun. Tak kurang dari 10 juta bahan kimia baru dan kurang lebih 4000 jenis bahan kimia tertoksik yang terdapat dalam makanan dan dan produk yang kita guna di rumah kita.

Kalau buat ujian darah hari ni, untuk cek sampel bahan toksik dalam badan, saya yakin purata setiap orang ada kira-kira 300 bahan toksik berbahaya dalam badan.

Bahan kimia ini menyumbang kepada tekanan oksidatif (oxidative stress) yang merosakkan sel. Malah, radikal bebas juga menjadi punca utama terjadinya kolesterol jahat yang menyebabkan pembentukan plak dalam salur darah. Itu juga yang jadikannya sempit. Bahan kimia dalam darah ni juga boleh menyebabkan darah menjadi lebih pekat. Bila dah pekat, mestilah susah nak pam kan? Perlu tekanan yang lebih tinggi.

 

Bagaimana salur darah boleh menyempit dan mengeras.

Amalan Untuk Kawal Tekanan Darah

Ada banyak panduan untuk mulakan ubat tekanan darah tinggi, tapi bergantung pada doktor yang merawat. Biasanya kalau orang yang masih muda, dan tiada faktor risiko lain saya tak mulakan ubat dulu. Masalahnya, sekarang ramai orang muda-muda ni berlebihan berat badan, dan itu adalah salah satu faktor penyumbang kepada tekanan darah tinggi.

Peringatan untuk semua, obesiti bukan saja nampak tak cantik, tapi menjadi punca utama pelbagai penyakit metabolik termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, rosak buah pinggang, malah turut menjadi punca kanser.

Biasanya saya akan nasihatkan untuk turunkan berat badan dahulu. Biasanya lepas turunkan berat badan, tekanan darah boleh dikawal. Masalahnya untuk menurunkan berat badan akan ambil masa yang lama. Tak perlu cuba ambil produk yang bukan-bukan untuk turunkan berat badan dengan cepat. Kalau terlampau cepat, biasanya produk tersebut mengandungi bahan berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit lain.

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat Tetapi Selamat

Ada cara yang saya pun baru tahu, yang berjaya turunkan berat badan dengan cepat dan selamat. Malah turut dapat membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik. Iaitu:-

Detokfisikasi badan ataupun proses membuang toksin daripada badan. Sebenarnya badan kita melakukan proses detoks semulajadi melalui pembuangan air kecil, air besar dan melalui perpeluhan. Tapi, bila dah banyak sangat toksin, badan juga mengalami masalah untuk proses. Sebab tu, kita perlu bantu badan buat detoks.

Antara cara yang kita boleh lakukan untuk membantu badan detoks ialah

  1. Kawal pemakanan
  2. Senaman
  3. Kurangkan pendedahan kepada bahan kimia dan pencemaran, termasuk berhenti merokok dan jauhi orang merokok.
  4. Suplemen

Jom Detoks Cara Shaklee

Shaklee telah menyediakan rangkaian produk dan program detoks sendiri yang disertai oleh ramai orang dan telah mendapat kesan baik daripada program ini. Ada yang kesan yang tidak disangka-sangka termasuk turun berat badan, tekanan darah terkawal, sistem penghadaman jadi lebih baik dan ada yang mengalami masalah jerawat bertahun-tahun berkurang selepas melakukan detoks.

Konsep detoks Shaklee bukan saja membantu membuang toksin dari badan, malah membekalkan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan. Tak hairanlah detoks ini dapat meningkatkan tenaga, membaiki kulit kusam, memperbaik sistem penghadaman dan mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.

Detoks cara Shaklee sangat bagus sebab memang dah sedia produk ada dengan jadual pemakanan sekali lengkap 7 hari dan suplemen yang disarankan. Diet 7 hari tu pula bukan suka-suka buat je makanan dia, tapi memang berpandukan jurnal yang diiktiraf. Pendek kata program ini tidak memudaratkan malah membantu badan untuk lebih sihat.

Selama 7 hari ni, pemakanan telah dibahagian mengikut gizi tertentu seperti karbohidrat, protein, serat, lemak dan lain-lain. Program ini dirancang secara berperingkat untuk memberi kesan yang optimum dalam membuang toksin dari badan.

Berat Turun 2kg. Tekanan Darah Normal

Saya ingin berkongsi kisah seorang yang berbadan besar dan menghidapi penyakit tekanan darah tinggi yang telah mencuba program detoks Shaklee selama 7 hari dan mendapat kesan yang diluar jangkaan. Bayangkan selepas 7 hari tu, berat dan turun 2 kg dan tekanan darah pun semakin terkawal.

Kesan lain yang dirasa ialah badan rasa lebih ringan dan cergas. Sistem penghadaman semakin baik, setiap hari lancar dan lawas. Bila usus bersih memang rasa lebih sihat. Wajah yang kusam pun dah ceria dan berseri-seri. Tekanan perasaan lebih terkawal.

ubat-darah-tinggi

Kalau tak ada penyakit apa-apa perlu tak detoks?

Penyakit-penyakit kronik terjadi apabila badan kekurangan nutrisi untuk berfungsi dengan normal. Namun, proses ini berlaku dalam tempoh yang lama. Sebelum kita disahkan menghidap apa-apa penyakit, badan akan terlebih dahulu memberi tanda yang dia kekurangan nutrisi atau terlebih toksin supaya anda boleh melakukan sesuatu untuk mencegah penyakit.

Jika ada tanda seperti di bawah, saya sangat cadangkan anda buatlah detoks sebagai tanda anda sayangkan tubuh anda dan sebagai ikhtiar untuk elakkan penyakit kronik :

1. Sembelit atau buasir

2. Berat badan meningkat

3. Kulit kusam dan berjerawat, apatah lagi jerawat batu.

4. Cepat letih walaupun tak adalah kerja berat sangat.

5. Suka makanan yang manis

6. Mengalami gangguan tidur

7. Apabila makan vitamin, tapi tak rasa kesan apa-apa

 

Boleh hubungi saya untuk berminat untuk menyertai program detoks di

—->012 621 1883

—->012 621 1883

—->012 621 1883

Nama saya Fyda, in sha Allah akan bantu anda untuk hidup dengan lebih sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *